Epilog🌹

6.9K 422 287
                                        

"LEPAS nenek menghalau Aunty Stella tu. Dia dah tak datang kacau mama. Mama hidup bahagia dengan papa dan kami dapat dua orang cahaya mata yang sihat". Ceritaku seraya mencuit lembut hidung comel Ayana dan juga mengusap rambut Ayyim.

Ayyim menompang dagu memandangku.

"Apa jadi pada Uncle Rayyan?" Soalnya ingin tahu.

"Mama, papa, Mak long Raifa dan Pak long Zayyan terpaksa berlakon berbaik demi hasrat terakhir arwah Uncle Rayyan tu. Kami meluangkan masa seharian bersama - sama. Mama tak tahulah sama ada mak long dan pak long Ayyim dan Ayana tu ikhlas atau tidak semasa meluangkan masa bersama - sama kami. Tapi, mama betul - betul ikhlas meluangkan masa dengan mereka sebab mama rindukan kawan baik mama yang dulu". Ceritaku.

"Hubungan mama memang dah tak boleh elok dengan Mak long Raifa?" Soal Ayana pula.

"Tak boleh, sayang. Mama tak rasa mak long mahu berkawan dengan mama dah. Lagipun, dia juga dah ada keluarga sendiri. Mama pun dah ada keluarga sendiri". Balasku lembut. Rambutnya diusapku dengan penuh kasih.

Ayana yang cantik.

Ralph memang betul - betul menunaikan janjinya denganku. Bermula aku mengandungkan Ayyim.

Dia datang setiap hari memberikan hadiah sehingga aku melahirkan Ayyim. Dia juga datang melawat.

Sewaktu aku mengandungkan Ayana. Ralph memang terlebih teruja melebihi Affan. Malahan Affan pernah berdebat dengan Ralph untuk mendekorasi bilik yang comel untuk Ayana.

Aku tahu sekarang Ayana tak mengerti apa - apa. Namun, Ayana begitu rapat dengan Ralph malahan Ayana sangat menyayangi Ralph.

Sejujurnya, Ayana lebih manja dengan Ralph berbanding dengan Affan sehingga adakalanya Affan merajuk dengan Ayana kerana berkecil hati dipinggirkan.

Leo pula sudah pun berkahwin sepuluh tahun yang lalu. Khabarnya, dia sudah memiliki empat orang anak. Malahan, dia sudah bertemu dengan ibunya.

Aku tak tahu sama ada dia berbaik atau tak dengan ibunya.

Ethan pula baru saja berkahwin dengan seorang perempuan tiga tahun yang lalu. Itupun, mak ngah aku yang kenenkan jika tidak sampai kesudah dia takkan berkahwin kerana dia sangat serik hendak bercinta selepas putus tunang.

Tentang Raifa?

Dia melahirkan anak sulungnya dengan selamat. Namun, anak sulungnya itu lelaki yang mempunyai masalah albino. Memang kacak persis patung tetapi Raifa tak suka.

Dia kata anak dia cacat.

Sekarang, dia sudah mempunyai tiga orang anak juga. Hanya dua dari tiga itu saja yang disayanginya. Mujurlah Zayyan masih ada belas ihsan kerana dia begitu menyayangi anak sulung mereka meskipun berlainan.

Opah telah meninggal dunia tepat pada hari lahir Ayana tahun lepas. Berikutnya, atuk meninggal tiga bulan selepas opah kerana kemurungan.

Mama ialah insan yang paling sedih pada hari itu. Pak long dan pak ngah juga hanya bermuram saja.

Aku faham.

Kehilangan ibu bapa memang takkan dapat lagi digantikan oleh sesiapa. Ibu bapa sangat - sangat berharga jadi hargai mereka sebelum mereka pergi untuk selama - lamanya.

Aku takkan buka apa - apa cerita tentang hubungan persahabatan papa dengan semua ayah angkat aku.

Biasalah mereka. Kawan baik.

Setelah Luna menghilangkan diri selepas dia terjun dari bangunan aku tahu walid telah berubah malahan dia merindui Luna.

Bak kata papa.

AFFAN: Her Protector Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang