Bab 29🌹

3K 345 31
                                    

"ESOK  kau  nak  balik  ke  sana  dah  kan?"  Soalku  tatkala  melihatnya  meletakkan  beg  -  begnya  di  ruang  tamu.

Hari  ni  hari  terakhir  Affan  bersekolah  bersama  -  samaku.

Affan  mengangguk.

"Aku  nak  balik.  Aku  nak  peluk  ummi  sebab  aku  rindukan  dia.  Aku-"  Bicara  Affan  mati  apabila  dia  melihat  seraut  wajahku  yang  merenungnya.

Affan  tersenyum  nipis.

"Aku  nak  habiskan  perjanjian  aku  dengan  Stella  dan  aku  nak  menjalani  rawatan.  Tapi,  sementara  lima  tahun  ni  kau  hidup  aje  seolah  -  olah  kau  tak  pernah  langsung  mengenali  aku".  Pesannya.

"Affan..."  Aku  mengemam  bibir.

"Janji  tau.  Jangan  rindukan  aku  dan  jangan  lagi  menangis  sebab  aku.  Kau  perlu  berkawan  dengan  Charming  tu  dan  terus  bersinar.  Faham?"

"Aku  tak  nak  lupakan  kau".  Aku  menggeleng.

"Please,  AynaaIni  permintaan  aku  sebelum  kita  berdua  berpisah.  Tolonglah  tunaikan".  Rayu  Affan.

Aku  menghela  nafas.

Air  mataku  gugur  dihadapannya.

"Aynaa.  Aku  dah  cakap  jangan  menangis.  Tolonglah".  Suaranya  jadi  keras.

Aku  terus  menyeka  air  mata.

"Aku  akan  rindukan  kau,  Affan".  Ucapku  sambil  menatap  seraut  wajah  Affan.

Affan  tersenyum.

"Aku  juga  akan  sentiasa  rindukan  kau  dan  cintakan  kau.  Sekarang,  aku  nak  mengemas  barang.  Kau  pergilah  keluar.  Tadi  kau  beritahu  aku  yang  kau  nak  berjumpa  dengan  Charming  kan?"  Soalnya.

"Kau  tak  nak  ikut?" 

"Tak  apalah.  Dah  cukup  seminggu  pun  aku  meluangkan  masa  dengan  kau.  Seminggu  itu  juga  aku  berjaya  buat  kau  tersenyum  dan  aku  sangat  -  sangat  puas  hati".  Bicara  Affan  membuatkan  hatiku  terasa  senang.

Affan  mencapai  tanganku  lalu  dia  meletakkan  sebentuk  cincin  di  atas  tapak  tanganku.

Aku  memandang  Affan.

"Ini,  cincin  yang  ummi  bagi  untuk  kau.  Aku  nak  tanda  kau  guna  cincin  ni.  Pakailah  selama  kau  cintakan  aku.  Andai  kata  kau  dah  jatuh  cinta  pada  lelaki  lain  kau  boleh  tanggalkan  cincin  ni  dan  simpan  saja  cincin  ni".  Ujarnya  dengan  lembut.

"Aku  akan  pakai".

Tapi  waktu  sekolah  aku  bukalah.  Mati  aku  kalau  cincin  tu  kena  rampas.

Affan  tersenyum.

"Aku  cintakan  kau".  Sekali  lagi  ucapannya  itu  membuatkan  aku  rasa  bahagia.








+++








SEPASANG  mataku  meliar  mencari  kelibat  Charming.  Aku  membawa  biskut  susu  buatan  aku  sebagai  tanda  aku  meminta  maaf  pada  mereka.

Bak  kata  Ethan,  mereka  bertiga  merajuk  dan  mereka  bertiga  mahu  aku  memujuk.

Kakiku  berhenti  melangkah  tatkala  melihat  mereka  melepak  di  atas  buaian.  Leo  pula  minum  air  susu  coklat  sambil  duduk  di  atas  papan  gelongsor.

AFFAN: Her Protector Where stories live. Discover now