KAMI tiba di rumah keluarga Ethan. Segan pula aku apabila duduk diantara Ethan dan Ralph. Leo pula baring di atas sofa sambil makan lolipop.
Ini rumah Ethan atau rumah Leo?
"Jemputlah makan". Seorang wanita menghidangkan seorang wanita yang sebaya pak long dan pak ngah menghidangkan makanan di atas meja.
"Yeay, makanan. Thank you, Aunty Trishy!" Jerit Leo teruja.
"Kau ni". Ethan menghela nafas.
"Eh, ini kawan Naufal juga ke? Cantiknya". Pujian ibu Ethan membuatkan wajahku membahang.
"Leo, makan tu elok - elok. Nanti tercekik pula". Tegur seorang lelaki yang sebaya pak long dan pak ngah.
"Nah". Sebotol air coklat diberi pada Leo.
"Hehehe, thank you Uncle Sushi!"
Huh?
Aku terkebil - kebil mendengar nama yang Leo beri pada ibu dan ayah Ethan.
"Apa sushi - sushi? Kau ingat ayah aku makanan ke?!" Marah Ethan.
"Sabarlah, Ethan". Tegur Ralph seraya mengambil biskut buatan ibu Ethan lalu dimakan.
Ibu dan ayah Ethan melabuhkan punggung di atas sofa yang terletak berhadapan dengan kami.
"Cantiknya kawan kamu ni. Siapa nama?" Tegur ibu Ethan lagi.
"Nama saya, Aynaa Hannani binti Firash Amril. Aunty dan uncle boleh panggil saya, Aynaa". Kataku.
"Aynaa. Selamat berkenalan". Sapa ayah Ethan.
"Tapi, muka Aynaa ni macam pernah tengok kan? Aynaa ni anak saudara Deen ke?" Soal ibu Ethan lagi.
Aku mengangguk.
"Patutlah. Jadi, Aynaa ni mesti anak Ayeen. Padanlah cantik. Aunty dan uncle ni sebenarnya kawan Deen. Nama Aunty, Trisha. Ini suami aunty. Namanya, Shah".
"Selamat berkenalan". Kataku bersama - sama senyuman manis.
"Tunggu sekejap". Aunty Trisha terus bangun lalu dia membuka langkah meninggalkan kami.
"Aynaa kan?" Aku menggangguk tatkala Uncle Shah menyoalku.
"Dulu mama Aynaa selalu datang ke sini sebab nak bermain dengan Ethan. Ethan ni suka menangis sangat. Aunty dan uncle pun tak tahu macam mana nak pujuk dia. Tapi, lepas mama Aynaa tu pujuk terus aje Ethan berhenti menangis". Cerita Uncle Shah.
Aku mengerling Ethan yang kelihatan segan.
Jangan cakap first love Ethan tu mama aku.
"Uncle, Leo nak tidur sekejap boleh? Leo rasa mengantuk".
Uncle Shah ketawa.
"Macam tak biasa pula kamu ni. Tidur ajelah". Balas Uncle Shah dengan lembut.
Leo terus memalingkan tubuh ke arah sofa.

YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...