"JOMLAH masuk dulu. Abang nak mandi sekejap. Nanti abang hantar Angel balik ke rumah pak long". Pujukan Afwan membuatkan aku mengemam bibir.
"Boleh tak kalau Angel cuma duduk dalam kereta?"
"Tak boleh. Duduk dalam kereta tak selesa. Angel kena keluar atau Angel nak abang dukungkan?" Ugut Afwan dengan nada nakal.
Kalut aku keluar dari kereta.
Afwan ni.
Aku dah 15 tahun. Bukannya sepuluh tahun!
Afwan ketawa.
Sukalah tu tengok muka masam aku. Hmph!
"Jom". Lengan bajuku ditariknya supaya mengikutinya menuju ke arah rumahnya. Sejujurnya, aku takut nak datang ke sini sebab-
"Eh, Afwan? Angel?" Ummi menegurku. Dia duduk di luar bersama - sama Aqhar yang sedang bermain lori mainan.
Comel.
"Afwan nak mandi sekejap. Boleh ummi tolong temankan Angel sekejap? Nanti Afwan nak hantar Angel balik". Terangnya dengan sengihan.
Aku tarik lengan aku dari dipegang Afwan lalu aku salam tangan ummi.
Ummi menggosok rambutku.
"Boleh. Angel kan bakal menantu ummi?" Tutur ummi bersama - sama senyuman manis.
U-uh.
Bakal menantu.
Aku tak senyum.
Tapi aku tengah rasa malu sekarang apabila Afwan ketawa suka.
Dia ni memang hari - hari senyum ke?
"Afwan pergi dulu tau. Jangan rindukan abang". Pamit Afwam seraya masuk ke dalam rumah.
Gila.
"Angel marilah masuk".
"Eh, tak apa. Angel duduk di luar saja". Balasku pantas.
Aku takut kalau aku jumpa walid.
"Okey, kalau macam itu Angel duduk saja di sini. Tolong tengokkan Aqhar sekejap. Ummi buatkan air untuk Angel".
"T-tak apa, um-ummi. Angel tak nak". Aku menggeleng pantas.
Aku takut.
"Tak apa. Angel duduk saja di sini. Aqhar tu budak baik tau". Tutur ummi seraya mendudukkan aku di atas buaian.
Ummi terus masuk ke dalam rumah.
Ummi...
Aku memerhatikan Aqhar.
Comelnya dia main mainan.
Aqhar menoleh memandangku. Lama juga dia memandangku.
Aku mengukirkan senyuman nipis.
Dia terus senyum.
"Kakak nak main?" Soal Aqhar sambil datang ke arahku dengan lori mainan.
"Main macam mana tu?"
"Ambil pasir lepas tu bawa jalan - jalan. Pasir ni nak buat rumah". Terangnya seraya memasukkan pasir di atas lori.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...