AKU membawa masuk lima belas ekor anak kucing ke dalam bilik. Sangkar kucing dibukaku membuatkan anak kucing mula keluar dari bilik.
"Meow!"
"Meow!"
Aku mengusap lembut kepala anak - anak kucing secara rawak lalu Afwan masuk ke dalam bilikku.
"Affan. Kau serius ke nak suruh aku ajak ummi dan Aqhar keluar pergi kafe tu?" Soalnya sambil memandang wajahku dengan pandangan keliru.
Aku mengangguk.
"Kau ajaklah Luna sekali".
"Aku dah ajak tadi. Luna kata dia nak tidur. Bila aku tengok balik memang dia dah tidur. Tak apa ke nak tinggal dia di rumah? Kau nak aku dukung dia ke?" Soal Afwan ingin tahu.
Aku menggeleng.
"Aku ada di rumah. Jangan risau". Balasku.
Afwan mengangguk perlahan.
"Jadi, aku kena bawa ummi dan Aqhar sekarang kan?"
"Ya".
"Jaga rumah. Jangan buat pasal pula. Ingat walid tu tua". Pesan Afwan sebelum dia melangkah keluar dari bilik.
Aku mencebik.
Orang tualah sepatutnya jadi baik.
Haih...
Aku tutup lampu bilik. Ini bilik rehat walid.
Aku memang sengaja bawa kucing datang ke sini. Selepas itu, aku melangkah keluar dari bilik rehat itu.
Kebetulan walid baru balik.
"Kenapa ni, walid?" Soalku seraya membuka langkah mendekatinya. Sengaja aje aku membuat muka risau dihadapannya.
"Mama kamulah belasah walid". Rungut walid perlahan.
Pft.
Padan muka.
Ehem! Maksud aku...
"Kesian walid. Walid jomlah ikut Affan sekejap. Affan ada belikan hadiah untuk walid. Hadiah tu ada dalam bilik rehat walid. Walidkan suka duduk situ". Tuturku.
"Kenapa Affan tiba - tiba belikan walid hadiah? Macam pelik saja". Ujar walid dengan nada hairan.
Aku mengukirkan senyuman manis.
"Takkanlah Affan nak belikan hadiah untuk walid pun salah? Walid hanya nampak Affan ni jahat je kan? Apa lah salah Affan ni..."
"Mana ada. Mana hadiah tu? Jom tunjuk pada walid". Gamit walid seraya menarik tanganku menuju ke arah bilik rehatnya.
"Walid masuklah. Hadiah tu memang khas untuk walid. Ikhlas dari Affan". Aku membuka pintu untuk walid.
"Kenapa biar gelap?" Soal walid keliru.
"Walidlah buka lampu". Aku terus saja tolak walid masuk ke dalam bilik lalu pintu bilik dikunciku.
"Kenapa Affan kunci pintu?"
"Walid buka sajalah lampu. Hati - hati jangan terpijak pula hadiah Affan. Nanti kena cakar". Pesanku sinis.
"Ca-cakar?" Aku dengar suara walid gelabah.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...