BAK!
Aku mengangkat wajahku tatkala aku mendengar bunyi tumbukkan yang kuat. Aku nampak Affan sudah tersungkur tak jauh dariku.
Allah...
Aku memandang Afwan yang berdiri dihadapanku.
"Aku tak suka kau buat Aynaa macam itu. Aynaa tak berhak dipermainkan! Kalau kau nak mempermainkan perempuan pilih saja cacing belaan kau. Jangan cari kawan baik aku". Tegas Afwan lantas dia menarik lengan kananku.
Aku yang masih lagi terpinga - pinga hanya mengikuti langkahnya tanpa sebarang bantahan.
Tapi, aku perasan wajah Affan nampak bengang.
Tentu saja Affan marah.
Kalau aku membantah Afwan pasti Afwan juga akan memarahiku. Jadi, aku hanya memilih untuk diam agar keadaan tidak semakin keruh. Aku sedar aku sudah hampir kehilangan Affan. Aku tak mahu kehilangan Afwan pula.
Sebaik sahaja tiba di tangga, Afwan menyandarkan tubuhku pada dinding.
Aku kaku memandang wajahnya yang kelihatan marah namun tubir matanya kelihatan bertakung dengan air mata. Jika seperkara yang melukai hatinya tentu dia akan menangis.
"Kenapa kau ikut Affan, Aynaa? Kenapa kau tak melawan bila dia nak buat sesuatu pada kau?" Soal Afwan garang.
"Aku tak boleh tolak Affan". Balasku jujur.
Aku takut Affan akan mengamuk dan keadaan menjadi teruk.
"Alasan yang sama juga kau bagi! Aynaa, bukalah mata kau tu luas - luas. Affan cuma berniat nak mempermainkan kau saja. Dia buat kau dekat dengan dia sebab dia tak mahu sesiapa rampas kau dari dia. Dia tahu kalau dia hilang kau dia takkan dapat kau dah. Aynaa, kau cantik. Kau baik. Aku tahu kau sayang Affan tapi ini bukan caranya".
Afwan kecewa.
Air matanya gugur dihadapanku.
Aku pula yang merasa sebak sehingga air mataku turut gugur. Aku cuba menyeka air mataku namun air mataku tidak juga berhenti.
"Maaf". Ucapku sayu.
"That's my Aynaa..."
Aku memandang Afwan yang sedang tersenyum bersama - sama linangan air mata. Keliru.
Afwan menyeka air matanya.
"Ini Aynaa yang aku kenal. Kau akan menangis..."
"Menangis ini lembik. Affan tak suka aku menangis. Aku ni terlalu banyak kekurangan, Afwan. Aku rasa aku tak layak langsung berkawan dengan kau orang". Aduku lirih.
Afwan menggosok lembut kepalaku yang berlapik tudung.
"Cuba kau fikir. Affan tu sempurna ke?" Soal Afwan lembut.
Affan sempurna? Sudah semestinya tidak.
"Jawapan kau mesti tak kan? Jadi, kenapa kau takut bila dengar dia kata kau banyak kekurangan? Kau ini perempuan yang baik sebab masih setia menunggu dan memilih Affan dari dulu. Aku tabik dengan kau walaupun ada rasa kecewa. Tapi, percaya cakap aku. You're my Aynaa dan takkan sesiapa dapat mengubah fakta yang kau ini seorang kuat pada dasarnya. Aku nak kau ingat yang aku sangat sayangkan kau. Zayyan, Rayyan dan Raifa pun sama juga. Kami sentiasa ada untuk kau". Bicaranya membuatkan aku teresak dihadapan Afwan.
"Terima kasih!" Ujarku bersama - sama tangisan.
Afwan mengusap lembut.
"Allah, apa yang kau buat pada Aynaa? Afwan, kenapa kau buli Aynaa ni?" Aku dengar suara Rayyan.
ANDA SEDANG MEMBACA
AFFAN: Her Protector
RomansaREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...
