KENAPA Affan tergamak buat aku begini hanya kerana seorang Stella? Apa dosa aku pada dia sebenarnya?
Air mataku gugur.
Orang memandang aku dengan pandangan prejudis malahan ada yang menuduhku gatal kerana mencuba menggoda Affan. Demi Allah, aku tak pernah terlintas untuk buat begitu.
"Aynaa..." Aku mengangkat wajah tatkala aku mendengar suara Raifa menegurku.
Raifa menghulurkan tangan padaku.
"Aku ni busuk, Raifa. Jangan dekat dengan aku sebab aku takut nanti baju kau pula yang kotor". Kataku seraya memalingkan wajah ke arah lain.
"Tak apa. Kita busuk je sama - sama. Marilah. Aku takkan biarkan kawan baik aku dimalukan sampai begini". Pujuk Raifa lembut.
Aku menggeleng perlahan.
"Aku minta maaf, Aynaa. Ini darurat sebab kau tak mahu bangun". Sebaik sahaja Afwan kata begitu tubuhku terus sahaja dicempungnya.
Membulat mataku.
"Af-Afwan!" Aku menjerit malu.
"Baju kau tu basah dan bentuk badan kau nampak. Baju dalam kau pun aku nampak. Baik kau diam atau kau nak tanggung malu yang lebih lagi?" Soal Afwan sambil menatap sepasang mataku.
Aku menghela nafas.
Akur.
Dada Afwan digenggamku kuat.
Afwan dan Raifa dari kecil sentiasa ada dengan aku.
"Jangan pandang ke sini. Berambus!" Jerkah Zayyan apabila dia perasan beberapa orang pelajar yang lalu lalang mula memandangku dengan penuh prejudis.
"Terima kasih, Afwan". Ucapku perlahan.
"Aku takkan biarkan Affan memalukan kau. Kau kesayangan aku". Tegas Afwan.
Aku memandang Rayyan yang hanya mengikuti Afwan dari belakang. Rayyan mengukirkan senyuman simpati padaku.
Aku bersyukur meskipun Stella punca Affan melukaiku tetapi aku masih lagi disayangi empat kawanku ini.
Sekolah kami ada bilik mandian untuk perenang yang selesai membuat latihan renang. Jadi, mereka bawa aku pergi ke situ untuk membersihkan tubuh. Raifa juga ada menemaniku.
"Pergilah mandi. Kami bertiga tunggu kat luar. Aku serahkan Aynaa pada kau, Raifa". Ujar Afwan seraya menurunkan tubuhku.
"Bye, sayang". Zayyan melambai mesra pada Raifa lantas menarik lengan Afwan keluar bersama - samanya.
Rayyan memandang aku.
"Jumpa nanti tau. Mandi elok - elok". Ucap Rayyan seraya mengikuti langkah Afwan dan Zayyan yang sudah keluar.
Raifa menarik tanganku.
"Jom. Aku dah bawa sabun untuk kau dan baju tukar. Aku tahu Affan akan menyusahkan kau jadi aku dah bersedia awal - awal".
"Ak-aku ni memang menyusahkan. Betul tak?" Soalku sebak.
Raifa menggeleng.
"Kau tak pernah menyusahkan aku atau sesiapa. Kau perempuan yang baik. Dah, janganlah menangis. Pergi mandi cepat. Aku tunggu kau kat sini". Ujar Raifa sambil menghulurkan sabun padaku.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomansaREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...