"BABY, maaflah. Jangan merajuk sampai macam ini sekali. Bie tak sengaja". Ucapku dengan nada yang cukup lembut sambil menggenggam tangannya.
Aku sudahlah bengang sebab tak dapat Aynaa. Sekarang, aku kena pujuk Stella pula. Jika tak disebabkan dia ni penyebab aku masih hidup...
"Bie mesti pergi cari betina tu kan? Betina tu pandai menggoda bie sebab itulah bie datang lambat tadi". Rungut Stella.
Aku mencium tangannya.
"Takkan bie nak tergoda? Aynaa bukan cantik pun. Baby lagiii cantik". Bidasku.
"Tipu",
"Betul. Next time, bie janji bie akan tengok baby bersiap depan mata bie. Baby yang cantik ni mana boleh merajuk lama - lama", Tuturku manja seraya mencubit lembut pipinya.
Stella mula menyeringai suka.
"Janji tau?"
Aku mengangguk.
"Bie janji!"
Pipiku dicium sekilas lantas Stella meloloskan diri keluar dari kereta.
"Jumpa nanti, bie!" Pamitnya seraya berlalu masuk ke dalam rumah.
Senyumanku terus saja mati.
Damn!
Siapa yang datang semasa aku nak menakluk Aynaa? Kenapa semua orang sibuk sangat nak kacau rancangan aku?
Arghhh!
Malas berfikir terlalu lama maka aku menghidupkan enjin lantas kereta dipandu keluar dari pekarangan rumah Stella.
Aku harus pulang ke rumah secepat yang mungkin.
+++
SETIBANYA di rumah, aku mematikan enjin kereta lalu aku keluar dari perut kereta.
Prak!
Kolar bajuku direntap kasar sehingga aku terdorong keluar dari kereta.
Sepasang mataku bertemu dengan sepasang mata seorang lelaki yang kelihatan agak berusia tetapi masih lagi boleh dikatogeri sebagai kacak. Apa pun wajah garangnya itu agak menakutkanku.
"Ap-apa masalah pak cik ni?" Soalku bingung.
"Daddy, sabar!" Pujuk seorang lelaki yang kelihatan tua sedikit berbandingku.
Tapi, suara itu sama seperti suara lelaki yang merampas Aynaa dari aku!
"Kau!" Aku pandang lelaki itu.
"Diamlah!" Bidasnya seraya menjelingku tajam.
"Daddy, apa kata kita berbincang saja dengan ayah Affan? Daddy tak perlulah nak mengamuk sampai begini". Pujuk lelaki itu lagi.
"Lelaki macam dia ni nak berbincang dengan ayah dia? Eh, siapa lelaki yang tak pandai didik anak ni hah?" Kasar suara lelaki berusia itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
AFFAN: Her Protector
RomantikREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...
