"RALPH, aku nak air susu coklat!" Leo mula merengek apabila Ralph bersandar pada peti ais sekolah yang mempunyai banyak susu coklat.
Aku rasa lucu melihat kerenah manja Leo. Aku rasa Leo ni yang paling manja.
"Aku dah beli semua susu kotak coklat kat sekolah ni bulan lepas sampai habis stok. Semalam baru stok baru masuk. Aku tak rasa nak beli sebab aku tak tahu nak bagi pada siapa. Stok susu coklat di rumah aku pun tak habis lagi". Ujar Ethan sambil memandang Leo yang mencebik - cebik mahu menangis.
"Tapi tak apa ke buat Leo macam tu?" Aku mengerut dahi melihatnya.
Kesian.
"Nanti dia penat dia berhenti merengeklah. Aku tahu dia takkan habis buat perangai selagi dia tak tidur". Gumam Ethan.
Aku mengemam bibir.
Aku membuka langkah mendekati kaunter yang ada sebalang lolipop. Lalu sebatang lolipop berperisa strawberi dibeliku. Kemudian, aku membuka langkah mendekati Leo dan Ralph.
"Leo..." Aku menarik lembut lengan bajunya.
Leo memandangku. Ralph juga.
"Ada apa, Aynaa?" Soalnya.
"Berhenti minta pada Ralph susu coklat. Aku bagi ni sebagai ganti". Kataku seraya menghulurkan sebatang lolipop.
Mata Leo mula bersinar - sinar kembali.
"Yeayyyy Aynaa yang cantik bagi Leo lolipop!" Lolipop itu diambilnya lalu dia berura mahu memelukku. Mujurlah Ralph menahan Leo dengan manarik kasar kolar baju Leo.
Aku ketawa melihat Leo yang mula makan lolipop.
Nampaknya, Leo memang sukakan lolipop.
"Aku tak terfikir pun cara tu berkesan. Aku baru saja berniat nak ketuk Leo guna kayu besbol". Tutur Ethan jujur.
Aku tergelak.
Ganas tapi dalam masa yang sama agak lucu juga.
"Jomlah keluar". Leo menarik lengan bajuku supaya mengikutinya.
"Memandangkan hari ni aku ada latihan bola sepak dan kau pula dah mula menjadi perempuan suruhan kami. Boleh tak aku nak minta kau jadi nanny Leo? Bermula balik sekolah sampai pukul lima aje". Pinta Ralph.
Aku mengerut dahi.
"Ethan tak boleh jaga Leo?"
"Aku bukan tak nak jadi nanny dia. Tapi, aku ada mesyuarat kelab bowling. Kau tak ada pilihan melainkan menjadi nanny Leo sekejap". Tukas Ethan.
Aku mengemam bibir memandang Leo.
Takkanlah?
"Aynaa yang cantik jadi nanny Leo? Leo nak! Jangan risau kat rumah Leo ramai pembantu rumah jadi Leo takkan makan Aynaa!" Jawapan jujurnya membuatkan aku rasa mahu tersedak liur.
"Boleh tak, Aynaa?" Soal Ralph penuh berharap.
Meskipun Ralph agak beku pada asalnya tapi anginnya berubah jika perkara itu melibatkan Leo. Aku pasti Ralph sangat sayangkan Leo.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...