"ME-MEREKA tak pernah berhenti pun setiap kali aku meraung. Ta-tak ada sesiapa kisahkan aku. Ke-kenapa aku masih hidup, Afwan?" Soalan Angel sewaktu aku dalam perjalanan menghantarnya ke hospital kembali terngiang - ngiang di dalam fikiranku.
Sebab Angel masih hidup? Sebabnya aku masih ada untuk melindungi dia. Aku takkan biarkan sesiapa pun menyakiti kau lagi.
Hud disarung ke tubuhku.
"Abang Afwan nak ke mana?" Aku memusingkan tubuh memandang Luna. Si kecil ini sentiasa memandang aku dengan penuh pengharapan.
"Luna duduk rumah dengan Kak Raifa dan Aqhar. Abang Afwan nak pergi buat sesuatu". Balasku lembut.
"Buat apa?"
"Tak ada pun. Abang Afwan cuma nak jadikan kehidupan yang lebih baik untuk bakal kakak ipar Luna". Balasku bersama - sama sengihan.
"Kak Aynaa?"
Aku menggeleng.
"Adhea Riana". Balasku ringkas seraya aku mencium lembut dahinya.
Raifa pasti saja sedang menjaga Aqhar memandangkan walid dan ummi masih ada di hospital.
Demi Angel.
Aku terus melangkah keluar dari rumah lalu kunci keretaku dicapai. Disaat aku keluar pula aku nampak kereta Affan masuk ke dalam pekarangan rumahku.
Eh, dia dah balik?
"Affan?"
"Kau nak pergi ke mana Afwan? Berhud bagai. Kau ni tak suka keluar rumah selama aku membesar dengan kau". Ujar Affan seraya menayangkan wajah hairan padaku.
Aku mengukirkan senyuman.
"Ya, tapi kali ni lain. Kau tolong tengokkan dia orang tau. Aku nak keluar sekejap".
"Kau nak pergi ke mana? Bagitahu aku tentang lokasi kau. Sekurang - kurangnya aku boleh cari ka-"
"Macam mana keadaan Aynaa di sana?" Soalku.
"Uh? Baik". Balas Affan perlahan.
Aku tersenyum.
"Baguslah". Balasku seraya meloloskan diri ke dalam kereta. Aku mula menghidupkan enjin kereta lalu keretaku dipandu keluar dari kawasan perumahanku.
Aku perlu cari mereka dan ajar mereka.
Mereka perlu bayar segalanya yang mereka lakukan pada gadis kecil seperti Angel.
+++
GAMBAR perumahan yang sama dihantar mereka itu diperhatikanku.
Ya, memang sama.
Aku membuka langkah masuk ke dalam kawasan itu. Gelap tapi tak jauh dariku ada cahaya lilin.
Aku terus saja melangkah.
Air mukaku berubah tatkala melihat gambar - gambar Angel memenuhi ruangan dinding itu. Kegilaan apa ni?
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
عاطفيةREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...