ABANG Aden membawa aku masuk ke dalam sebuah butik pakaian. Dia membawa aku masuk terus ke dalam bilik persalinan.
Tubuhku diletakkan lembut di atas sofa.
"Kenapa Aynaa biar dia ambil kesempatan ke atas Aynaa? Kenapa Aynaa tak marah?" Soal Abang Aden.
Aku menjatuhkan hud yang melindungi wajahnya.
Abang Aden menangis.
"Abang Aden. Ay-Aynaa minta maaf". Aku menangis dihadapannya.
Aku tahu aku terlalu lembik dan disebabkan itulah Affan seringkali mengambil kesempatan ke atas diriku dengan begitu mudah.
Ah, aku sangat bodoh!
"Dahlah, jangan menangis. Abang Aden ada di sini. Aynaa tunggu di sini. Biar Abang Aden carikan pakaian untuk Aynaa. Jangan keluar". Pesannya tegas lantas Abang Aden berlalu keluar dari bilik persalinan.
Aku memusingkan tubuhku menghadap cermin besar. Perlahan - lahan aku membuka kain yang menutupi leherku.
Ada kesan gigitan Affan pada leherku.
Ya Allah, berdosanya aku.
Mama mesti menangis kalau mama tahu dan papa mesti akan kecewa juga. Apa yang aku nak cakap pada mereka berdua nanti?
"Aynaa..." Abang Aden melangkah masuk ke dalam bilik persalinan bersama - sama baju yang cantik dan juga sehelai bawal.
"Ambil ni dan bersiap. Bersiap lama - lama pun tak apa sebab Abang Aden tetap akan tunggu Aynaa". Kata Abang Aden seraya menghulurkan baju itu kepadaku.
"Ab-Abang Aden..."
Abang Aden menoleh memandangku.
"Jangan beritahu mama". Pesanku perlahan.
Abang Aden tersenyum nipis.
"Abang Aden sendiri tak sanggup nak beritahu mama. Jangan risau". Bidasnya lembut seraya keluar dari bilik persalinan.
Aku mengunci bilik persalinan.
Kain yang melindungi auratku dibuka lalu aku menukar dengan pakaian yang diberikan Abang Aden.
Sejujurnya, aku rasa sangat bersyukur kerana aku mempunyai Abang Aden disisiku.
Entah apa yang akan terjadi sekiranya Abang Aden tiada. Mungkin aku akan menderita kerana dirosakkan Affan.
Aku membelek tubuhku dihadapan cermin.
Selesai itu, aku membuka langkah keluar dari bilik persalinan. Sepasang mataku meliar mencari kelibat Abang Aden.
Aku nampak Abang Aden sedang membaca majalah wanita sambil dikelilingi beberapa orang wanita.
Ah, Abang Aden memang menarik.
"Abang Aden!" Seruku.
Abang Aden mengangkat wajah memandangku. Bukan dia saja yang memandangku malahan wanita - wanita itu juga memandang ke arahku.
Dia abang aku. Jangan cemburu.
"Aynaa!" Abang Aden tersengih.
Laju saja dia berlalu dari situ dan mendekatiku. Tubuhku terus ditarik ke dalam pelukan membuatkan aku terkejut.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...