HARI ini aku tiba awal di sekolah. Jadi, aku pergi ke kantin sementara menunggu tiga Charming itu datang ke sekolah.
"Aynaa!"
Aku memandang ke arah Affan yang sedang duduk di meja makan tak jauh dariku. Tangannya bergerak menggamitku datang ke arahnya.
Tanpa banyak soal aku hanya membuka langkah mendekatinya. Sebaik saja aku sampai di situ Affan terus sahaja membuang pinggannya yang masih tersisa makanan ke atas lantai.
Aku melopong memandangnya.
"Apa kau tengok lagi? Kutiplah!" Arahnya kasar.
"Tapi, kau yang sengaja bagi jatuh..." Balasku perlahan. Kalau Affan tak sengaja menjatuhkannya aku tak kisah. Tapi, Affan sengaja membuang pinggan itu.
"Ikut saja arahan aku, bodoh!" Herdiknya.
Malu aku dibuatnya apabila melihat pelajar yang ada di kantin mula memandangku. Adakah mimpi ngeri aku bakal bermula lagi?
Affan membaling cawan yang masih berisi air ke arahku. Tapi...
Splash!
Entah bagaimana air itu kembali berbalik ke arah Affan sehingga dia berdiri kerana bajunya basah.
"Sial!" Carutnya kuat.
"Siapa? Kau ke? Ha, ye..." Aku menoleh memandang Ethan.
Ralph sengih sinis.
"Tak sia - sia aku belajar menendang". Gumamnya seraya menepuk seluarnya.
Tendangan Ralph memang tepat. Jujur, aku agak kagum dengan dia.
"Ka-kau berdua kenapa sibuk sangat nak kacau Aynaa? Kau orang tak ada kena mengena dengan dia pun!" Jerkah Affan.
"Apa ni, bro? Jangan marah - marah..." Aku dengar suara Leo.
Leo mengukirkan senyuman manis. Tapi, senyuman itu agak menakutkan bagi aku kerana senyumannya itu bukanlah membawa makna kepada kebaikkan.
Leo mengutip pinggan yang berada di atas lantai.
"Aynaa ni dah setuju untuk ikut syarat kami. Jadi secara automatiknya dia dah jadi perempuan kami". Leo memandang Affan sambil dia memegang pinggan itu.
"Jangan nak mempergunakan dia lagi ya? Aku takkan maafkan kau, bro..."
Plak!
Aku melopong melihat Leo menuang sisa makanan di atas kepala Affan. Bila aku mengerling memandang Ethan dan Ralph, mereka berdua langsung tak terkejut dengan perubahan sikap Leo. Memang Leo asalnya begini ke?
Leo menepuk lembut bahu Affan.
"Ingat nama aku, bro. Nick Leo bin Imran". Pesan Leo seraya membuka langkah mendekati kami semula.
"Mereka hanya nak mempermainkan kau saja, Aynaa. Mereka ni jauh lebih teruk berbanding aku". Gumam Affan.
Bicara Affan itu mengundang wajah marah Charming.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...