Bab 16🌹

3.5K 339 23
                                    

KAMI semua diam memerhatikan mama yang sedang memeluk tubuh bersama - sama wajah yang kemerahan. Muka mama masam saja menandakan mama masih lagi marah.

Tapi, aku jujur sajalah yang aku sangat - sangat tak sangka mama boleh buat begitu.

Mama terlalu ganas sehingga semua terdiam dan bad boy seperti walid pun hilang kata.

Sepasang mataku memandang seraut wajah Affan yang lebam gara - gara tumbukkan mama. Kuat tu mama tumbuk sampai lebam.

"Sejak bila pula Ayeen pandai menumbuk ni?" Tegur pak long seraya melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan dengan mama. Pak long menarik tangan mama lalu tangan comel mama dituam dengan ais. Tangan mama juga merah.

"Ayeen tak suka tumbuk - tumbuk ni. Sakit. Tapi, Ayeen geram sangat dengan Affan sebab dia masih lagi menggelarkan Aynaa sebagai pelacur dan juga mengambil kesempatan ke atas Aynaa. Dahlah anak perempuan Ayeen cuma Aynaa saja". Rungut mama sambil memuncungkan bibir.

Walid menggaru dahi.

"Ayeen..." Seru walid lembut.

"Kau terlalu lembut dengan Affan, Raf. Dari dulu lagi perangai kau tak pernah langsung berubah. Kau hanya garang dengan Luna saja sebab kau nampak dia macam Widya kan?" Sinis mama.

Kami memandang walid yang tertunduk.

"Ayeen, ini bukan isunya. Sekarang, kami nak minta maaf sebab dah buat kau marah. Boleh tak kalau kau bagi peluang untuk Affan betul kan segala kesilapan dia?" Celah ummi dengan lembut. Aku tahu ummi cuba mahu menjernihkan kembali emosi mama.

Aku faham macam mana perasaan sayang mama kepadaku sehinggakan membuat mama sanggup buat begini.

Mama menghela nafas.

"Apa perasaan kau orang kalau ada lelaki buat bukan - bukan pada Raifa?" Tukas mama.

Walid dan ummi terdiam.

"Raf, Widya. Aku tahu kau orang baik. Aku faham sebab aku dah lama kenal dengan kau orang. Tapi, apa yang Affan dah lakukan itu sangat - sangat melampau. Nasib baiklah Aden datang. Kalau tak?" Suara mama bergetar.

Tubir mata mama mula bertakung dengan air mata membuatkan pak ngah kalut mencapai tisu.

"Ayeen, janganlah menangis". Pujuk pak ngah lembut.

"Aynaa satu - satunya anak perempuan Ayeen. Dia nyawa Ayeen. Ayeen tak akan marah kalau Affan nak menghina Ayeen pelacur sekalipun. Aye-Ayeen cuma rasa terluka sebab Affan dah bertindak untuk merosakkan Aynaa". Mama menangis.

"Ah, kau tengok apa yang kau dah buat!" Pak ngah mula naik angin. Tajam matanya memanah seraut wajah walid.

Walid tertunduk. Ummi juga tertunduk.

"Deen", Pak long menegur pak ngah membuatkan pak ngah merengus.

Aku tahu pak ngah tak suka mama menangis. Aku tahu pak long dan pak ngah sangat sayang pada mama.

Abang Aden menarik lembut tanganku.

Aku menandang Abang Aden.

"Aden ada cadangan". Kami semua memandang ke arah Abang Aden yang sedang tersenyum yakin.

"Apa cadangan Aden?" Soal pak long ingin tahu.

"Aden setuju untuk berikan Affan peluang menebus kesalahan dia pada Aynaa. Syaratnya, Affan kena berpindah dengan Aynaa ke rumah opah. Aden nak Affan tinggal dengan opah". Melopong bibirku dikala mendengar cadangan Abang Aden.

Aku tak kisah kalau Abang Aden nak ajak aku tinggal di rumah opah. Tapi, bawa Affan sekali tinggal di sana? Erk...

Aku rasa Affan akan rasa sakit kepala dengan perangai singa opah.

AFFAN: Her Protector Where stories live. Discover now