NAMA dia?
Hanz Ivans Haze Joshua.
Al-kisah sebenarnya, seorang Hanz Ivans ini ialah bekas mafia yang sudah mencuci tangan bertahun - tahun lamanya kerana dendamnya telah pun terhapus setelah mamma meninggal dunia kerana bunuh diri dan dia juga bunuh ayah tiri sendiri disebabkan kekejaman yang pernah ayah tirinya lakukan ke atas dirinya.
Adiknya, Aidan Qayyum sudah bahagia bersama - sama Airis Mikayla dan adik bongsunya, Aileen Helena juga sudah bahagia bersama - sama Dhean Arriyan.
Okey, dia mahu tutup tentang adik beradiknya kerana sekarang ini ialah kisahnya.
Kisah dia dan isterinya, Nur Illyana binti Aris.
Isterinya yang membuatkan dia bertekad untuk berubah dari jalan jahil menuju ke jalan yang diredhai-Nya. Illyana tak pernah langsung mengeluh melayan kerenahnya.
Sebenarnya apa yang semua orang tak tahu tentang dirinya ini ialah seorang Hanz Ivans mempunyai dua personaliti yang berbeza. Bukan susah pun nak ingat kedua - dua personaliti ni.
Hanz - daddy yang penyayang dan romantis dengan Illyana.
Ivans - daddy yang bersikap keanak - anakkan dan menggoda Illyana.
Tapi, kedua - duanya mencintai seorang wanita dan wanita itu ialah Nur Illyana binti Aris.
Sekarang, kisah rumah tangga mereka bermula setelah seorang Ivans mengambil alih tubuh ini kerana Illyana sedang mengandung dan masalah datang ketika itu bagaikan sedang menguji kesabaran seorang Ivans.
Ivans tahu Illyana seorang isteri yang taat dan baik. Masalah isterinya cuma satu iaitu isterinya sangat - sangat mudah terpengaruh dengan wanita yang berdiri dihadapannya kini.
Datin Marlia Aruna.
Ibu kandung Nur Illyana binti Aris.
Sepasang mata hijau gelapnya memandang seraut wajah ibu mentuanya yang mengukirkan senyuman penuh makna.
Ivans dapat rasakan bahawa kehadiran wanita itu ke sini bukan untuk berbaik dengan isterinya. Wanita tua ini bagaikan mahu mengambil Illyana dari dirinya dan Ivans takkan sesekali membenarkan perkara itu berlaku.
Tapi, masalahnya sekarang bagaimana Ivans hendak melindungi Illyana jika bidadari jelitanya itu sungguh teruja melihat Puan Marlia berada di depan mata? Ah, nampaknya Ivans tiada pilihan lain selain daripada menjadi the devil semula. Tak salah kan?
The devil just want to protect his precious angel.
+++
HANZEL memandang Hazel yang tersengih.
"Nakal". Gumamnya geram.
"Daddy tu manja dengan mummy kan?" Soalan Hazel memecahkan kesunyian diantara mereka berdua.
"Ya. Aku cuma kesian pada mummy sebab kena layan dua personaliti berbeza daddy. Tapi aku tak rasa susah pun bagi mumny sebab mummy dah kenal dengan suami dia tu". Bidas Hanzel.
"Mesti best kan kalau jumpa jodoh macam tu?" Hazel sudah tersenyum - senyum.
Gadis remaja seperti dia tentu saja akan berfikir tentang cinta. Apatah lagi melihat kemanisan cinta antara mummy dan daddynya. Malahan, Hazel tak pernah berhenti berharap agar dia memperoleh lelaki yang hebat sama seperti daddynya.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...