"LUNA cuma kesilapan. Kita sepatutnya tak dapat Luna kalau wifey makan ubat". Bicara walid itu menghancurkan hati aku.
Aku melihat tanganku sendiri.
Kenapa kau lahir, Luna?
Kenapa mereka membesarkan kau kalau niat mereka hanyalah untuk menyakiti kau?
Walid tak pernah sayang aku.
Cuma waktu bayi saja agaknya dia bagi kasih sayang. Itu pun aku tak ingat sebab aku kecil lagi. Tapi, semenjak Kak Raifa merajuk dengan walid disebabkan aku...
Walid abaikan aku.
Walid marah aku.
Aku menangis.
Aku rindu Abang Afwan. Aku tak nak Abang Afwan pergi tapi aku terpaksa sebab aku kesiankan Angel. Dia perlukan Abang Afwan sebab keadaan dia lebih teruk dari aku.
Sekurang - kurangnya aku kuat.
Aku menyandarkan tubuh di bawah pohon yang rendang. Sengaja aku melepak di taman setiap petang supaya aku tak nampak muka walid atau Kak Raifa.
Aku tak benci Abang Affan. Aku cuma marah saja sebab aku tahu Kak Aynaa dah banyak menangis sebab Abang Affan. Lelaki yang tak pandai menyayangi dan menghargai perempuan memang takkan pernah layak untuk dihormati.
Tapi...
Aku nak kasih sayang juga.
Aku tahu ummi sentiasa ada. Tapi, Aqhar masih kecil.
Aku kena beralah dengan Aqhar.
Aku menyentuh pipi aku.
Sakit.
Walid dah tampar aku dua kali saja bulan ni. Semuanya gara - gara Kak Raifa. Kalau ada Abang Afwan kan bagus?
Dia mesti akan temankan aku dan cerita perkara yang menarik.
Rindunya.
"Eh, Luna?" Aku mengangkat wajah memandang Farhan yang berdiri dihadapanku. Disebelahnya ada seorang lelaki yang berusia 14 tahun.
Lelaki itu memandangku.
Kenapa dia pandang aku macam tu?
"Kenapa kau duduk seorang bawah pokok, Luna?" Soal Farhan lagi.
Dia melabuhkan punggung disebelahku.
Aku memalingkan wajah.
Farhan kaki membebel. Aku tak suka kena bebel!
Lelaki yang datang bersama - sama Farhan itu mencengkam lembut rahangku membuatkan aku terkejut. Kalut aku menepis tangannya.
"Er, Abang Nash jangan buat macam itu. Nanti Luna mengamuk". Tegur Farhan dengan lembut.
Abang dia ke?
"Kena tampar ke? Tak tahu sakit?" Soal lelaki itu kasar.
Eh...
Apa pasal dia marah aku pula?
Dia melepaskan rahangku lantas dia membuka langkah meninggalkan kami.
Lelaki yang aneh.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...