Bab 5🌹

3.9K 346 19
                                    

PAPA menghantar aku ke sekolah seperti kebiasaan. Apa yang luar biasanya, Affan datang awal ke sekolah bari ni. Bagi aku perkara ini agak pelik bin ajaib kerana Affan tak pernah bertindak sebegini rupa sebelum ini.

"Aynaa!" Aku terus saja disapanya dengan gembira tatkala Affan melihat kelibatku.

Melihat seraut wajah cerianya aku tahulah bahawa seorang Affan Rafisqi berada di dalam mood yang baik. Sepasang matanya memandang wajahku dengan penuh bercahaya. Dia juga tersenyum girang lain dari hari yang lain. Kedua - dua tangannya menggenggam erat tanganku.

"Aku rasa macam mimpi". Adunya.

Aku mengerutkan dahi.

Tidak mengerti.

"Mimpi?" Soalku semula.

"Semalam aku bawa kau keluar. Aku berjaya buat kau happy. Kau happy dengan aku kan semalam? Sebab aku nampak kau asyik senyum je bila aku bawa kau keluar semalam. Kau tak menangis!"

"Ya, semalam memang menyeronokkan". Jawapanku membuatkan Affan ketawa suka.

"Aku pun rasa happy sangat. Aku sampai tak boleh tidur semalam sebab aku asyik memikirkan tentang kau. Aynaa Hannani ni sangat cantik bila tersenyum". Pujiannya membuatkan pipiku merona.

Af-Affan puji aku cantik?

"Ehem!" Sergahan itu menyentakkan kami berdua.

Aku melihat Afwan, Rayyan, Zayyan dan Raifa memandang dengan gaya aneh ke arah kami berdua.

Pipiku terus bertukar rona lagi.

Ah, malunya!

Aku cuba meleraikan tangan Affan dari menyentuhku namun Affan masih menggenggam erat tanganku. Apabila dia melihat aku memandang wajah kacaknya dia terus menggeleng sambil menayangkan muka garang. Tahulah aku bahawa Affan enggan melepaskan tanganku.

Tapi...

Rayyan membuka langkah mendekati kami berdua. Pegangan tangan Aaku dan Affan dileraikan dengan mudah.

Affan nampak bengang.

Rayyan pula hanya tenang saja. Malahan, Rayyan mengukirkan senyuman manis pada Affan.

"Affan. Aynaa ini perempuan yang bukan mahram kau. Tak elok kau pegang dia macam tadi". Tegur Rayyan lembut.

Affan berdecit sinis.

Air mukanya mula berubah marah.

Aku mahu mencelah. Namun, Rayyan menarik aku ke belakang tubuhnya. Aku hanya berdiri di belakang Rayyan sambil memerhatikan Affan dan Rayyan. Terasa udara sejuk mula menyerap ke dalam diriku. Tentu saja atmosfera Affan dan Rayyan sedang menjadi tegang.

"Dia, milik aku. Soon, dia akan menjadi isteri aku. Jadi, aku tak bersalah untuk memegang tangan dia". Bidas Affan bersahaja.

Rayyan tersenyum senget.

"Apa kau tahu kau akan menjadi suami Aynaa? Kau pernah baca takdir yang terukir untuk kau ke? Kau pernah dapat petunjuk yang Aynaa akan menjadi isteri kau?" Soal Rayyan semula.

Sejujurnya, aku terkejut apabila mendengar Rayyan berkata sebegitu. Nada suaranya kedengaran sungguh sarkastik.

"Aku tahulah! Aynaa tu takkan berkahwin dengan sesiapa melainkan aku!" Bidas Affan penuh yakin.

"Tak. Kau tak tahu. Boleh jadi suatu hari nanti, Aynaa menjadi isteri aku. Kau lupa ke? Kau tu dah ada Stella. Kau nak letak mana cacing belaan kau tu?" Tokok Rayyan lagi.

AFFAN: Her Protector Where stories live. Discover now