HARI ini ialah hari yang paling pelik bagi aku. Mula - mula aku berjumpa dengan pak long Angel. Sekarang, aku berjumpa pula dengan pak ngah dia.
Oleh disebabkan pak long Angel tu hendak melawat anak buahnya, Pak
long Angel menyerahkan aku supaya pergi bersama - sama Hanzel ke rumah tiga orang bebal itu.Sekarang, kami di rumah yang terakhir. Rumah Izwan.
Pak ngah Angel melemparkan tubuh Izwan betul - betul dihadapan emak dan ayahnya. Emak si Izwan bingkas saja mendapatkan Izwan. Ayah si Izwan melihat kami.
"Ap-apa yang kau orang nak ni? Aku akan telefon polis kalau kau orang tak beredar sekarang!" Jerkah ayah si Izwan.
"Polis?" Hanzel ketawa sinis.
Hanzel melemparkan beberapa keping gambar milik Angel yang berada dalam keadaan menghairahkan kepada ayah si Izwan itu.
Air muka ayah si Izwan itu berubah.
"So, bastard. Aku nak kau bawa anak kau tu pergi jumpa anak saudara aku untuk meminta maaf sebab apa yang dia dah buat pada anak saudara aku tu dah melampaui batas. Dia dah rogol budak sepuluh tahun".
"Ka-kau tipu! Anak aku takkan buat macam itu. Entah - entah anak saudara kau tu yang dah menyundal kemudian kau petik nama anak aku!" Nafi si emak Izwan.
Hanzel mengetap rahang.
Aku menahan Hanzel dari menyerang.
Hanzel melihat aku.
Aku membuka langkah mendekati emak si Izwan yang memeluk Izwan.
"Assalamualaikum, aunty. Nama saya, Afwan. Saya anak kepada kawan ayah Angel. Saya tahu aunty susah nak percaya apa yang kami beritahu tu. Berdasarkan bukti yang ada di dalam gambar tu. Saya juga boleh tunjuk kawasan yang menjadi kegiatan mereka untuk puaskan nafsu. Saya juga boleh tunjukkan bagaimana teruknya keadaan si kecil yang telah menjadi mangsa kerakusan nafsu nak aunty dan uncle. Tolong ikut saya dulu sebelum aunty dan uncle nak menghakimi Angel". Kata - kataku membuatkan mereka berdua kelu.
Emak si Izwan memandang suaminya.
"Baiklah, kami pergi". Ayah Izwan terus bersetuju.
Aku mengukirkan senyuman.
Adakalanya, kita tak perlu menggunakan kekerasan.
Tapi, apa yang pasti kita perlu melihat bukti sebelum menghakimi seseorang. Tanpa bukti mungkin kita susah menghukum orang yang salah.
Perkara itu akan membuatkan keadaan jadi makin teruk.
Hanzel menepuk bahuku.
"Kau terbaik". Pujinya.
Aku tersengih kecil.
Aku biasa - biasa saja.
Apa aku buat ini demi Angel. Aku akan mempertahankan dia sama seperti yang aku janji pada dia.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...