AKU pulang ke rumah tepat pukul 6.30 petang. Affan membuka pintu kereta untukku lalu aku keluar dari kereta.
"Terima kasih, Affan". Ucapku lembut.
Affan mengukirkan senyuman manis.
"Sama - sama. Aku seronok sangat sebab dapat bawa kau keluar. Lain kali nak keluar berjumpa aku tak?" Soalnya dengan pandangan penuh berharap.
Aku tak sanggup mahu menolak.
"InsyaAllah. Kalau kau yang mengajak aku takkan berniat untuk menolak", Balasku dengan lembut.
Affan tersenyum lagi.
"Nanti aku ajak kau lagi. Aku balik dululah, Aynaa. Nanti walid bising kalau aku balik lambat. Kau masuklah rumah. Nanti, ada orang nampak kau. Aku tak suka orang lain sukakan kau". Gesanya seraya membantu aku membawa bungkusan manisan yang dibelinya lalu dia menarik lenganku masuk ke dalam rumah.
Aku hanya mengikutinya.
"Oh, balik dah". Teguran papa membuatkan aku dan Affan menoleh. Lekas saja Affan menyalam tangan papa dengan penuh hormat. Aku nampak papa tersenyum manis. Rambut Affan diusapnya penuh kasih sayang.
"Terima kasih sebab bawa Aynaa pulang dengan baik. Affan tak nak makan malam kat rumah kami dulu ke?" Pelawa papa dengan mesra.
Aku memandang Affan yang menggeleng pantas.
"Affan nak balik. Nanti walid marah. Jumpa esok, Aynaa. Assalamualaikum!" Pamit Affan seraya berlalu menuju ke arah keretanya.
"Bawa kereta elok - elok". Pesanku lagi.
Affan tersenyum saja.
Aku memerhatikan dia memandu kereta keluar dari pekarangan rumah kami. Melihat keretanya yang sudah menghilang. Aku menghela nafas.
"Waalaikumusalam, Affan". Balasku perlahan.
Aku memandang papa yang tersenyum disebelahku.
"Macam mana keluar dengan Affan? Affan ada berkasar dengan Aynaa ke?" Soal papa dengan lembut.
Aku menggeleng perlahan.
"Papa janganlah risau. Affan baik dengan Aynaa hari ni. Dia belanja Aynaa manisan". Kataku sambil menayangkan bungkusan manisan dari kafe yang disinggah Affan tadi.
Papa terkejut.
"Seriuslah? Affan bukan tak suka makan manisan ke?" Soal papa sambil memandangku.
Aku tersengih.
"Aynaa pun tak tahu. Tapi, Affan kata kalau Aynaa nak makan manisan Aynaa cuma perlu minta pada dia saja. Affan akan belikan semuanya untuk Aynaa". Ceritaku dengan penuh bersemangat.
Papa menarik tubuhku mendekatinya. Lalu pipi kananku dicium papa.
"Anak kesayangan papa ni tak menangis dah. Baguslah. Papa rasa seronok bila tengok si cantik papa ni gembira. Aynaa senyum saja dah diibaratkan seperti bunga yang mengembang di dalam hati papa". Kata papa bersama - sama sengihan mengusik.
Aku tergelak.
"Papa ni..."
"Jomlah masuk rumah. Mama dah lama tunggu Aynaa pulang. Mama risau sangat sampai suruh papa telefon Aynaa selang 10 minit. Mama Aynaa ingat papa ni macam abi kamu? Tak tengok muka mami sejam pun boleh telefon selang 10 minit. Macam budak - budak". Rungut papa.
Aku tersengih memerhatikan papa mengunci pintu rumah.
"Sampai hati abang mengata saya pada Aynaa. Sedihnya saya dengar bila abang kata saya macam budak - budak". Suara mama yang kedengaran membuatkan wajah papa menjadi serba salah.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...