TAK sangka aku boleh melamar Affan secara spontan hanya kerana aku hendak membantu Affan. Tapi, hendak malu pun dah tak berguna sebab sekarang, Affan dah jadi suami aku.
Jujur, aku gembira. Tapi, aku sedar aku ada misi untuk membantu Luna.
Jadi, selepas habis pernikahan itu aku terus saja mendapatkan walid. Sekarang, walid sudah berdiri dihadapan aku.
"Ada apa, Aynaa?" Soalnya lembut.
"Aynaa nak minta jasa baik walid untuk izinkan Luna tinggal dengan Aynaa". Ujarku dengan nada yang cukup lembut.
Air muka walid terus saja berubah tatkala mendengar bicaraku.
"Tak boleh".
"Ta-tapi, walid. Aynaa nak Luna tinggal dengan Aynaa. Aynaa janji Aynaa akan menjaga Luna dengan baik". Tukasku lagi.
"Tak boleh".
"Bolehlah, walid. Aynaa n-"
"Aku cakap tak boleh!"
Aku terundur apabila mendengar jerkahan walid. Tubir mataku mula menghangat.
"Apa pasal kau marah anak aku?" Papa mula mencelah.
Walid menghela nafas.
"Look. Luna tu anak aku. Aynaa tiba - tiba saja minta nak jaga Luna. Aku dah cakap tak boleh tapi dia masih berdegil".
"Habis itu jadi kebenaran untuk kau marah anak aku ke?! Aku tak pernah jerkah dia seumur hidup aku lah!"
"Pa-papa". Aku menegur papa yang sudah mula mencengkam kolar baju walid.
Papa marah.
Papa akan jadi sangat menakutkan bila papa marah.
"Kau memang sial. Tak sampai sehari aku lepaskan Aynaa pada Affan. Kau dah pandai nak jerkah anak aku? Kau memang nak mampus ke?!"
"Rash sudah!" Abi datang menahan papa.
"Lepaslah. Aku tak suka orang jerkah anak aku walaupun orang tu kawan baik aku sendiri. Kau lepaskan aku sekarang, Fahim! Aku nak tumbuk muka dia!"
"Raf, minta maaf pada Aynaa". Arah dad tegas.
Walid memandangku.
Dia menghela nafas perlahan.
"Maafkan walid. Walid tak sengaja". Tuturnya seraya tertunduk sedikit.
"Aku minta maaf sebab jerkah Aynaa. Aku tak ada niat pun nak marah anak kau". Tokok walid lagi sambil memandang wajah papa.
"Tak ada niat kepala lutut kau. Eh, aku rasa penyakit kau tu dah datang balik. Better kau pergi buat check-up sebelum melarat". Tutur papa seraya meleraikan tangan abi dengan kasar.
Aku memandang walid yang hanya diam.
Sakit?
Walid sakit ke?
Aku mengemam bibir.
"Wa-walid..." Seruku perlahan.
Mereka berempat memandangku.
Takut juga aku melihat keadaan yang semakin tegang.
"Izinkan Aynaa jaga Luna. Aynaa nak pengalaman..."
Pengalaman apa yang aku nak cakap ni?
"Pengalaman?" Kening dad bertaut.
Abi terkebil - kebil memandangku.
Papa hanya mencekak pinggang sambil merenung aku dengan muka serius.
Aku rasa mesti aku kena marah. Aku kena menyorok belakang mama nanti.
ANDA SEDANG MEMBACA
AFFAN: Her Protector
RomansaREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...
