MUKA Raifa kelihatan pasrah saja tatkala Zayyan menarik tangannya untuk menjadi satu kumpulan dengannya. Malahan, begitu ramai yang mahu Raifa menjadi ahli kumpulan mereka.
Secara jujur aku tak mampu untuk menafikan bahawa Raifa ini tak kurang hebatnya berbanding Affan. Raifa merupakan olahragawati yang sangat disenangi oleh semua orang.
Aku nampak Afwan dan Rayyan berlari anak ke arahku bersama - sama.
"Jom jadi kumpulan kami!" Gamit mereka berdua serentak.
Aku terkebil - kebil.
Afwan dan Rayyan terus terduduk di atas tanah. Aku tahu mereka sangat lelah kerana entah dari mana mereka datang terus sahaja lengan aku menjadi mangsa mereka. Aku tahu mereka ini tentu akan membantu aku ketika gotong royong nanti.
"Nah", Sebotol mineral besar dihulurkanku kepada mereka.
"Thanks, Aynaa". Ucap Afwan seraya menyambut huluranku. Dia membuka botol mineral itu lantas diteguknya. Kemudian, Afwan menghulurkan botol mineral itu pada Rayyan pula.
Mereka menghela nafas lega.
"Kenapa kau berdua berlari teruk sampai macam ini?" Soalku lembut.
"Mana taknya? Afwan kata ada budak lelaki yang nak ajak kau jadi kumpulan dia orang. Aku tahu kau ni ada masalah untuk menolak orang. Aku takutlah kau kena buli dengan mereka". Tutur Rayyan gusar.
"Betul. Nanti semua kerja kau kena buat. Lagi teruk kalau dia orang pilih kat tempat yang orang tak nampak. Kalau apa - apa jadi dah susah. Kau tu bukannya ganas pun. Lembut sangat macam bebola kapas". Rungut Afwan pula.
Mataku membulat tatkala mendengar bicara Afwan.
Bebola kapas? Dia panggil aku ni bebola kapas?
"Aynaa", Aku terkejut mendengar suara Affan menyeruku. Terus sahaja aku mencari arah suaranya itu. Sama seperti yang aku jangkakan, Stella juga datang bersama - sama Affan.
"Kau buat apa kat sini?" Soal Afwan dingin.
"Aku nak ajak Aynaa menjadi ahli kumpulan aku". Balas Affan dengan selamba.
Afwan tergelak sinis.
"Bukan kau nak poligamy practice? Kenapa sibuk sangat nak ajak Aynaa? Nak suruh dia mengemas untuk kau orang dan bolehlah kau orang bertemu janji". Sinis Afwan.
Aku cuma diam.
"Diamlah. Kau orang tak tahu apa - apa. Aynaa, jomlah". Gamit Affan sambil berura menarik lenganku. Namun, Stella bingkas menghalang perlakuannya.
Affan merengus.
"Okey, Affan. Keadaan kita macam ini tau. Cikgu kata satu kumpulan hanya empat orang saja. Aku, Afwan dan Aynaa satu kumpulan. Antara kau dan Stella siapa yang nak masuk kumpulan kami?" Soal Rayyan pula.
Affan mengemam bibir.
"Apa pula? Buang saja Aynaa. Biarlah dia cari kumpulan lain". Cadangan Stella membuatkan Afwan memandang Stella dengan pandangan yang cukup bengang.
"Kau tak faham apa yang Rayyan cakap ke? Dia kata aku, dia dan Aynaa ni satu kumpulan. Kalau Affan nak sangat Aynaa satu kumpulan dengan dia. Kau pula kena berambus", Tutur Afwan selamba.
"Mana boleh!" Stella membentak.
"Nampak sangat kau tak faham apa yang aku kata. Betul lah tu. Binatang mana faham apa yang orang kata. Aku lupa pula Affan bela cacing kerawit". Tutur Afwan sinis. Sengaja dia mahu menaikkan api amarah Stella.
"Okey, stop". Affan akhirnya bersuara.
Affan memandangku. Kemudian, dia menoleh memandang Stella yang masih setia memeluk lengannya.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...