Beberapa bulan yang lalu...
AKU membetulkan ikatan rambut dihadapan cermin. Tiba - tiba saja ada seorang senior perempuan menegurku.
"Ya?" Soalku sambil menayangkan wajah hairan.
Aku tak rasa ada senior yang tegur aku. Takkan Kak Shikin memperkenalkan aku pada semua kawan - kawannya? Ah, baiknya Kak Shikin!
"Lepas ni boleh pergi bilik stor lama sekejap? Cikgu jasmani suruh Angel tolong kemas bilik itu".
Aku mengerut dahi.
"Kenapa tiba - tiba aje? Lagipun lepas ni saya ada kelas matematik. Saya tak rasa saya boleh pergi". Ujarku perlahan.
"Jangan risau. Itu akak dah uruskan. Angel cuma perlu pergi ke bilik stor lama tu je".
"Tapi..."
"Apa yang Angel nak risau lagi? Angel dah pandai. Angel cuma perlukan markah dari cikgu kan? Markah penilaian. Takkan Angel tak mahu peluang keemasan ni?"
Aku mengemam bibir.
"Baiklah". Dengan polosnya aku akur saja.
Selesai keluar dari tandas aku terus saja pergi ke stor lama bersama - sama kakak senior itu. Aku masuk saja ke dalam stor itu, kakak senior terus tutup pintu.
Aku buat tak kisah sajalah.
Bila aku buka lampu bilik stor lama itu aku nampak nota yang tertampal pada suis lampu itu.
Catch you!
Menggeletar bibir aku apabila membaca tulisan yang berada di di situ. Tangkap aku?
Si-siapa?
Clak!
Pintu almari lama dibuka dan tiga orang lelaki keluar dari situ.
Aku rasa lembik.
Kalut pintu stor lama diketuk kuat.
"Kakak bukak pintu ni!" Rayuku seraya mengetuk kuat pintu itu. Aku cuba membukanya tapi berkunci.
Aku cuba untuk memecahkan pintu tapi tak berhasil.
Tubir mataku menghangat.
"Little pretty Angel ada di sini". Salah seorang antara tiga lelaki itu tersenyum pada aku penuh sinis.
"Nampaknya kita akan makan besar hari ni".
Kakiku menggeletar.
B-bilik stor ni tiada sesiapa yang datang dan bilik stor lama ini satu - satunya bilik yang kalis bunyi.
Sunyi.
Dingin tubuhku terasa dengan suhu pendingin hawa.
Bodohnya kau, Angel. Kenapa kau main masuk saja stor ni tanpa perasan pendingin hawa terpasang?
"Kau takut ke? So cute, Angel",
Mereka melangkah mendekati aku.
Perlahan - lahan aku mengundurkan langkah.
Zap!
Lenganku ditarik Izwan lalu digenggamnya kuat.
Izwan.
Senior yang cuba sentiasa cuba menagih perhatian aku. Tapi aku tak layan dia sebab aku dengar dia kaki perempuan.
"Le-lepaslah!" Aku mula meronta apabila Izwan menarik aku mendekati tubuhnya.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...