HARI ni saja aku terpaksa melayan kerenah tiga kanak - kanak ribena itu.
Leo bolehlah aku bertahan lagi sebab dia tak ada apa - apa perasaan pada aku.
Tapi, Ethan dan Ralph yang menyakitkan kepala aku sebab mereka tak habis - habis nak ajak aku keluar.
Aku bagitahu juga kat opah nanti. Tapi, aku takut opah makin sakit kepala kalau aku beritahu. Atuk yang seorang itu pun jenuh dia nak mengurus.
"Aynaa..."
Aku menoleh memandang Ralph yang mengemam bibir sambil memandangku.
Apa pasal dia ni tak cari perempuan lain? Aku rasa masih ramai yang mahukan dia.
Ralph ni kacak.
Ralph menggosok batang lehernya. Dia seakan sedang berkira - kira mahu bercakap dengan aku memandangkan Ethan dan Leo keluar pergi ke kedai runcit yang terdekat untuk membelikan makanan.
Aku dan Ralph menunggu mereka dibawah pondok.
"Kau nak cakap apa?"
"Kau memang takkan suka lelaki lain selain daripada Affan ke?" Soalnya ingin tahu.
Aku mengangguk.
"Aku faham..." Ralph mengangguk.
Aku memandangnya.
Dia ni macam nak cakap sesuatu je. Tapi dia takut dan sekarang dia nampak sangat - sangat resah.
"Ada apa - apa lagi?" Soalku.
Ralph menggeleng.
"Tipulah. Mesti ada apa - apa ni". Tegurku.
Aku nampak muka dia. Aku tahu sangat kalau orang buat muka macam ni mesti dia nak bercakap tentang sesuatu.
"Cakap saja. Aku takkan marah". Pujukku.
Ralph mengemam bibir.
"Kau dah ada Affan kan? Uh..."
Susah betul nampaknya dia nak bercakap.
"Kenapa ni?" Soalku hairan.
"Boleh tak kalau aku nak jadi menantu kau nanti?"
Melopong bibirku mendengar permintaannya.
Apakah?
"Ralph..."
"Uh... Aku tahu macam merepek".
"Memanglah. Aku tak tahu anak aku nanti ada perempuan atau tak. Tapi takkanlah kau nak sia - siakan hidup kau semata - mata nak tunggu anak aku?" Soalku hairan.
Ralph menggaru dahi.
"Aku tak kisah. Aku janji aku takkan berkahwin dengan sesiapa. Nanti umur aku 21 tahun aku akan bagitahu padre yang aku nak masuk islam". Kata Ralph penuh tekad.
Aku rasa nak pitam mendengar bicaranya.
"Ralph..."
"Aku nak kahwin dengan anak kau. Tolonglah, Aynaa". Pintanya lagi.
ANDA SEDANG MEMBACA
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...
