SUSAH hati aku dibuatnya apabila teringatkan rayuan Ethan. Aku tak sangka pula dia boleh merayu sampai macam itu sekali.
"Aynaa. Kenapa?" Aku memandang wajah Ralph yang mengerut dahi memandangku.
Aku minta diri nak pulang sebab aku rasa tak berapa selesa selepas mendengar pengakuan Ethan tapi Ralph boleh pula menawarkan diri untuk temankan aku pulang. Alasannya, dia terus nak balik rumah.
"Tak ada apa". Balasku perlahan.
Ralph memberhentikan langkah. Aku pun berhenti juga.
Dia mencapai tanganku lalu keychain anak kucing diberikan padaku.
Aku memandangnya dengan wajah keliru.
"Ini untuk apa?"
"Untuk kau senyum. Muka kau nampak murung". Balas Ralph seraya memandang ke arah lain.
Dia tak mahu memandang aku.
Aku memandang anak kucing tu.
Comelnya.
"Terima kasih, Ralph". Balasku seraya mengukirkan senyuman ikhlas.
Ralph berdehem.
"Tak ada apa. Benda remeh tu je". Bidasnya seraya kembali menyambung langkah.
Aku ketawa kecil.
Ralph segan!
"Boleh aku tanya sesuatu tak?" Soal Ralph sambil meneruskan langkah.
"Tanyalah".
"Kenapa kau pakai tudung? Tak panas ke? Pakai baju besar - besar macam ni. Kau tak rimas?" Soalnya ingin tahu.
Ah, betul juga.
Ralph tiada agama.
"Apa yang aku nak cakap ya? Macam ni. Aku pakai tudung ni sebab dalam agama islam wajib bagi perempuan untuk menutup aurat".
Ralph menghentikan langkah.
Dia memandangku. Blur.
"Au-rat?"
"Aurat tu maknanya macam bahagian anggota yang boleh mengundang nafsu lelaki. Contoh, leher, rambut dan sebagainya". Terangku.
Ralph diam.
"Selain tu, kalau pakai tudung pula kita akan lebih selamat tau. Sebab tak ada lelaki yang boleh dapat melihat aurat. Jadi, perempuan akan terlindung dari pandangan nafsu".
"Habis dalam rumah pun kau pakai tudunglah? Kau kena jaga au-rat?"
"Aurat lelaki yang tak ada pertalian darah dengan lelaki yang ada pertalian darah berbeza. Contohnya, bila aku tinggal serumah dengan papa aku. Aku tak perlu pakai tudung. Aku cuma perlu pakai pakaian yang sopan. Bila aku keluar dari rumah, baru aku perlu pakai tudung". Terangku.
"Jadi, macam mana aku nak tengok au-rat kau?" Soalannya membuatkan aku terkebil - kebil.
Eh?
Muka Ralph menghangat.
"Er-lupakan! Jom jalan". Ralph menggamit aku supaya mengikuti langkahnya.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
عاطفيةREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...