"SELAMAT datang, Aynaa!" Aku tersengih suka tatkala Raifa dan Zayyan menyambutku sebaik sahaja aku tiba di taman bunga bersama - sama Rayyan.
"Terima kasih". Ucapku seraya mengukirkan senyuman manis.
"Kau dan Rayyan berbual dulu. Aku nak bawa queen aku duduk kat situ. Abaikan saja kami berdua". Ujar Zayyan seraya merangkul pinggang Raifa.
"Jangan buat bukan - bukan pada Aynaa kesayangan aku. Aku tumbuk kau". Pesan Raifa berbaur ugutan lantas dia mengikuti langkah Zayyan.
"Garangnya. Ah, nasib baiklah aku tak minat pada dia waktu pertama kali aku jumpa dia. Aku tak tahulah kenapa Zayyan boleh suka perempuan macam tu". Gumam Rayyan bersama - sama senyuman.
Aku tahu walaupun Rayyan mempertikaikan kewujudan Raifa disisi Zayyan. Tapi, Rayyan pastinya bersyukur kerana Zayyan tidak lagi kesunyian.
"Sinilah, Aynaa. Aku nak tunjukkan kau bunga ros. Aku tanam semuanya!" Katanya seraya menarik pergelangan tanganku. Meskipun terpinga - pinga tetapi aku hanya mengikuti langkahnya.
"Ya Allah, cantiknya". Pujiku sebaik saja tiba di kawasan yang dipenuhi bunga mawar.
Namun, bunga mawar putih yang paling menarik bagiku.
"Aynaa..." Aku memandang Rayyan.
"Hmm?"
"Aku sukakan kau". Pengakuannya membuatkan aku terkejut.
"K-kau sukakan aku? Kenapa? Aku tak ada apa - apa pun. Keyakinan diri aku sangat rendah berbanding sesiapa. Aku tak sem-"
"Merepek. Kau paling sempurna di mata aku. Kali pertama aku bertemu dengan kau ni membuatkan aku mendapat inspirasi. Kau sangat baik dengan semua orang tak kisahlah orang tu buat jahat dengan kau ataupun tidak. Kau anak yang sangat baik dan kau sangat penyayang. Itulah sebabnya kenapa Raifa terlalu menjaga kau. Aku cemburu bila kau pandang Affan. Selama ni aku hanya tahan rasa saja. Sekarang, boleh kau boleh bagi peluang untuk aku pula? Aku janji..."
"Aku minta maaf, Rayyan. Boleh kita berkawan dulu?" Pintasku.
Rayyan nampak terkejut.
"Kenapa?" Soalnya bingung.
"Aku takut dengan cinta. Aku tak nak terima kau disebabkan aku nak balas dendam pada Affan. Lagipun, hati aku ni masih pilih Affan. Jadi, aku kesian pada kau. Itu sebabnya aku tak mahu terima kau buat masa sekarang. Seeloknya, kita belajar saja dulu. Andai kata ada jodoh antara kita... Aku tetap akan menjadi isteri kau. Tapi, buat masa sekarang, aku nak kita berdua berkawan dulu. Boleh?" Soalku lembut.
"Oh, boleh". Balasnya seraya tersengih kecil.
Aku tersenyum lega.
Mujurlah Rayyan jenis yang bertolak ansur denganku.
"Oh, ya. Ini aku nak bagi pada kau. Bunga ni sangat cantik!" Ujarnya seraya menghulurkan sejambak bunga mawar putih padaku.
"Rayyan..."
"Setiap kali aku tengok bunga ni aku akan nampak kau. Mungkin pada kau diri kau tu banyak kelemahan. Tapi, bagi aku pula... Kau ialah perempuan yang sempurna", Tuturnya ikhlas.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...