MULA - mula, aku telefon Aynaa dan Leo angkat telefon. Kali kedua aku call Aynaa, Ethan angkat telefon. Kali ketiga, Ralph yang angkat telefon.
Stress aku.
Susah betul aku nak bercakap dengan Aynaa semenjak dia tinggal di kampung. Charming tu memang kawal Aynaa aku.
Prang!
Aku terus meninggalkan telefon di atas katil lantas aku berlari keluar dari bilik.
"Luna!"
Aku menghentikan langkah melihat si kecil Luna berdiri dihadapan Raifa. Si kecil itu nampak marah.
Kenapa ni?
"Apa masalah Kak Raifa ni?! Luna nak bercakap dengan Abang Afwan. Kenapa Kak Raifa merampas telefon Luna?!"
"Tak payahlah nak mengada - ngada sangat. Semua benda nak mengadu kat Afwan. Luna memang sengaja nak buat kakak bergaduh dengan Afwan!" Bidas Raifa.
"Luna cuma ada Abang Afwan. Kak Raifa ada walid. Kenapa Luna tak boleh nak rapat dengan abang Luna sendiri?" Soal Luna tak mahu kalah.
"Kau tu walid tak suka. Sedarlah Luna. Tempat kau ada di mana kalau nak dibandingkan dengan aku? Kau macam pengemis. Aku bukan macam kau. Walid sayang aku". Sinisnya.
"Kak Raifa bodoh!"
"Kau budak tak guna!" Raifa tolak tubuh Luna dengan kuat.
"Raifa!" Aku terus menghalang Raifa dari menarik rambut Luna. Ya Allah, budak sembilan tahun pun dia nak bergaduh!
"Tepilah Affan! Aku nak ganyang mulut budak bodoh ni!" Raifa tolak tubuh aku. Dia masih lagi cuba berusaha untuk menarik rambut Luna.
Luna teresak kecil.
Aku tak boleh biar.
Pang!
Buat pertama kali aku tampar Raifa. Ini je cara untuk aku buat dia sedar diri.
Raifa memandangku.
Aku tolak dia menjauh dari Luna.
"Kau tampar aku sebab dia je?!"
"Dia ni adik kita, bodoh! Luna ni kecil lagi. Baru sembilan tahun. Kau dah cari pasal dengan dia macam dia tu dah 19 tahun!" Marahku.
Aku nak tolong Luna. Tapi Luna menampar tangan aku.
Dia bangun.
"Luna..." Seruku lembut.
"Apa yang bising - bising ni?" Soal walid sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam rumah.
Aku terus bangun.
"Walid! Affan tampar Raifa!" Adunya bersama - sama tangisan. Raifa berlari mendapatkan walid.
Tch.
Dia ni jadi sial kalau dengan Luna.
Sedangkan dengan Aynaa elok je. Oh, aku lupa. Orang bukan suka Aynaa walaupun Aynaa cantik. Aynaa baik sangat dan orang menyampah dengan dia. Jadi, Raifa masih yang pertama.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...