TERJAGA saja, aku terus bangun. Kepalaku terasa menyengat disentuh lembut.
Sakit.
"Bodoh! Afwan bodoh!" Aku memandang Raifa yang tertunduk. Dia tuangkan air untukku.
"Apa?"
"Bodoh. Aku kata kau bodoh!" Aku terkebil - kebil mendengar suara amarahnya. Kenapa Raifa tengah marah aku?
"Ra-Raifa? Oh, Angel. Aku kena pergi tengok Angel". Aku terus saja mahu bangun tapi Raifa menghalangku.
Aku memandang wajahnya.
"Ke-kenapa? Kenapa fikirkan tentang orang lain dulu?" Air mata Raifa gugur.
"Raifa..."
"Kau tak tahu macam mana perasaan aku lepas dapat tahu kau bleeding. Kenapa kau merisikokan nyawa sendiri untuk budak kecil tu? Kau bodoh ke?!" Marahnya.
Aku menyentuh rambutnya.
"Tak apa, Raifa. Aku ada lagi kan? Lagipun, siapa lagi yang sanggup nak merisikokan nyawa kalau bukan aku? Aku dah janji dengan Angel yang aku akan melindungi dia".
"Tapi bukan dengan meriskokan nyawa sendiri!" Bentak Raifa.
Aku tersenyum.
"Angel tu dia tak layak melalui semua kesakitan ni, Raifa. Kau tak kesiankan dia ke? Dia sentiasa tersisih. Dia tak pandai nak tunjuk perasaan. Dia tak pandai nak berkongsi masalah. Jadi, aku nak bantu dia. Tolong ya? Aku nak keluar pergi tengok Angel. Aku risau". Aku terus saja bangun.
"Afwan!" Raifa menghalang aku.
Aku tetap juga buka pintu bilik rawatan. Tapi, aku terkejut melihat walid.
"Kenapa kecoh - kecoh ni?"
"Walid..." Aku tergamam.
"Wa-walid, tengok Afwan ni! Dia tak mahu berehat sedangkan dia baru je bangun. Nanti kalau kepala dia berdarah lagi macam mana?" Adu Raifa bersama - sama tangisan.
Raifa terus menggogoi pada walid.
"Afwan. Berehat".
"Tak nak".
"Afwan Rafiqi!"
"Afwan tak nak! Afwan nak pergi tengok Angel!" Bentakku lantas aku keluar dari bilik rawatan itu. Namun, Raifa memeluk tubuhku dari belakang membuatkan langkahku mati.
Raifa teresak.
"Janganlah. Tolonglah berehat dulu. Angel tu tentu baik - baik saja. Tolonglah, Afwan. Berehat dulu". Pujuk Raifa bersama - sama tangisan.
Aku menyentuh tangan Raifa.
"Aku tahu kau risaukan aku. Tapi aku risaukan Angel. Maaf, Raifa". Aku meleraikan pelukannya lantas aku berlalu pergi dari situ tanpa menoleh lagi.
Tapi aku tahu Raifa menangis pada walid.
Aku tak peduli.
Walid nak marah pun marahlah. Aku cuma risaukan Angel saja sekarang ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...
