PUKUL lapan pagi tadi aku dah sampai ke rumah. Aku berbaring di atas sofa sambil membaca majalah.
Alang - alang aku ambil telefon untuk membelek gambar.
Dasar Leo sengal.
Hantar gambar Aynaa pada aku. Tak sia - sia betul aku biar dia rapat dengan Aynaa.
"Raisya Asluna. Kau turun makan sekarang!"
Apa lagi ni?
Aku memandang ke arah walid yang sedang mengetuk kuat pintu bilik Luna.
Walid ni...
"Luna!" Jerit walid lagi.
"Janganlah jerit - jerit. Nanti Aqhar terjaga lagi. Husband pergilah makan dengan Raifa dulu. Biar wifey pujuk Luna". Tutur ummi seraya menolak tubuh walid menjauh darinya.
"Wifey manjakan sangat Luna. Itu yang budak tu jadi macam itu! Bebal!"
"Husband yang tak matang sebab layan Luna macam ni! Tak belajar lagi ke apa yang husband dah kena dari arwah daddy? Ikut sangat jejak langkah sedangkan dulu beria mengutuk! Husband memang tak adil dengan anak kita. Husband lagi teruk dari arwah daddy!"
"Widya!"
"Walid!" Aku jerkah walid dari naik tangan pada ummi. Ummi tak takut.
Dia pandang walid.
"Marahlah. Marah tentang Luna je husband naik angin pada wifey. Nak tampar? Tamparlah!"
Walid mengetap rahang.
Ummi menolak kasar tubuh walid menjauhinya.
"Luna tu rezeki kita. Anugerah yang Allah bagi. Sekali pun perangai dia macam wifey, husband tak layak nak hukum Luna. Masa lalu kita tak pernah ada kena mengena dengan Luna". Tegas ummi seraya masuk ke dalam bilik Luna.
Aku memandang walid yang mengetap rahang.
Walid panas baran.
Mereka selalu saja bergaduh disebabkan Luna.
"Walid..." Raifa memeluk lengan walid.
"Ummi Raifa tu degil. Walid dah suruh dah gugurkan Luna dulu. Dia tak nak! Menyusahkan aje ramai perempuan. Cukup saja ummi dan Raifa". Gumam walid tak puas hati.
"Habis walid boleh lah nak tampar ummi?" Tegurku.
Walid memandangku.
"Adakah ini cara walid sekarang? Apa dosa Luna dengan walid? Walid tak kesian dengan Luna ke?"
"Diamlah. Kau tak tahu apa - apa".
"Walid tak suka Luna sebab walid nampak dia sama macam ummi kan? Bila walid nampak dia sama macam ummi... Walid ingat yang abah pernah suka pada ummi. Betul tak?"
"Diamlah!"
"Walid..."
"Raifa pergi makan dulu. Walid nak masuk bilik". Walid meleraikan tangan Raifa dari terus memeluk lengannya lalu walid masuk ke dalam bilik dia dan ummi.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomansaREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...