Bab 57🌹

4.9K 410 69
                                    

Waalaikumusalam.  Luna  okey.  Kak  Aynaa  jangan  risau  sebab  sekurang  -  kurangnya  Luna  takkan  bawa  nasib  malang  kepada  sesiapaLagipun,  Luna  dah  biasa  duduk  seorangLagi  tenangKak  Aynaa  berehatlahSemoga  cepat  sembuh!  -  Luna.

BERAT  dadaku  dikala  membaca  mesej  yang  dihantar  Luna  kepadaku.  Luna  memang  jauh  lebih  matang  berbanding  aku.

Kenapa  walid  buat  Luna  macam  ni?

Aku  memandang  ke  luar  tingkap.

Mama  dan  papa  keluar  sebentar  untuk  membeli  makanan  sementara  aku  di  sini  menunggu  Affan.

Dedaun  pintu  bilik  rawatan  dibuka.

Aku  memandang  Stella  yang  melangkah  masuk  ke  dalam  bilik  rawatan  bersama  -  sama  senyuman  manis.

"Wow,  tak  mati  lagi!"  Dia  bersorak  gembira.

Aku  mengerut  dahi  memandangnya.

"Apa  masalah  kau  ni?"  Soalku  hairan.

Stella  membuka  langkah  mendekati  aku.

"Aku  datang  sini  sebab  aku  dengar  Raifa  tolak  kau.  Tak  sangka  pula  kawan  baik  kau  boleh  tikam  belakang  kau".  Sinisnya.

Aku  hanya  diam.

"Aynaa..."

"Kau  boleh  balik  tak?  Pinggang  aku  je  berjahit  tau.  Tangan  aku  tak  berjahit.  Sebelum  nanti  aku  tampar  muka  kau.  Kau  pula  yang  kena  jahit  mulut  tu!"  Marahku.

Stella  mencebik.

"Aku  nak  beritahu  yang  aku  mengandung  je.  Boleh  aku  minta  kau  izinkan  aku  berkahwin  dengan  Affan?"  Soal  Stella  lembut.

"Kau  gila  ke?  Kenapa  pula  suami  aku  nak  kena  berkahwin  dengan  kau?  Dia  mengandungkan  kau  ke?"  Soalku  kasar.

"Kalau  aku  cakap  ya?  Kau  nak  kata  apa?  Kalau  aku  kata  dia  dah  pernah  tergoda  dan  tidur  dengan  aku.  Apa  perasaan  kau?"  Soalnya.

"Tipu!  Affan  takkan  buat  aku  macam  itu".  Nafiku.

"Aynaa.  Sedarlah  diri  tu  sikit.  Kau  tu  bukanlah  cantik  mana  pun  kan?  Perangai  kau  pun  bukanlah  macam  bidadari.  Cuba  kau  beritahu  siapa  aje  yang  suka  kau?  Tak  ada  Aynaa.  Tak  ada". 

"Macamlah  ada  orang  suka  kau".

Mata  Stella  membulat  mendengar  jawapanku.

Apa  terkejut  ke  sebab  aku  melawan?  Aku  dulu  malas  nak  bergaduh  sebab  aku  tak  mahu  nama  papa  tercemar.  Lagipun,  orang  kenal  papa  sebagai  seorang  cikgu  cemerlang.  Aku  tak  mahu  papa  dihina  sebab  ada  anak  yang  berperangai  teruk.  Sekarang,  aku  dah  ada  kerjaya  sendiri  dan  yang  paling  penting  aku  tak  bersekolah.

AFFAN: Her Protector Where stories live. Discover now