"ABANG..." Aku terkedu melihat wajah serius Affan yang sedang menahan tangan Raifa dari menamparku.
Macam mana dia boleh sesat di sini?
"Af-Affan". Raifa tersenyum hambar.
Affan menolak kasar tangan Raifa.
"Aynaa punyalah berkawan baik dengan kau. Ikhlas dia dengan kau. Boleh pula kau buat dia macam sampah?" Affan mula marah pada Raifa.
"Ap-apa pula? Aynaa yang tampar aku dulu! Takkan aku tak boleh tampar dia semula?!" Bentak Raifa tak puas hati.
"Dia tampar kau sebab kau tu mulut macam sial. Asyik kau saja nak menang. Eloklah. Perangai buruk walid semua turun pada kau".
"Kau jahat! Kau suka lebihkan Aynaa".
"Bila masa aku lebihkan kau? Luna pun aku tak pernah nak layan sangat. Memang aku kena lebihkan Aynaa lah. Dia isteri aku". Balasnya selamba. Pinggangku disauk dari sisi. Aku ditarik rapat ke tubuhnya.
Pipiku menghangat.
Segan pula aku.
Nafas Raifa turun naik.
Nampak macam Raifa nak marah. Nampak macam dia nak menangis juga.
"Ap-apa kecoh - kecoh ni?" Kebetulan, Zayyan baru pulang.
Dia terus mendapatkan Raifa.
"Af-Affan buli saya". Adu Raifa bersama - sama tangisan. Tubuh Zayyan dipeluknya erat.
"Apa kau ni Affan? Apa masalahnya lagi? Kenapa kau ni asyik nak mengganggu hidup orang saja?" Soal Zayyan garang.
"Apa masalah aku? Eh, adik ipar sial. Kau dengar sini baik - baik. Isteri kau yang attention seeker tu nak tampar isteri aku. Kau fikir aku boleh biar ke?" Bidas Affan.
"Aynaa yang tampar aku dulu!" Bentak Raifa.
Muka dia marah.
Wow.
Aku positif dibenci Raifa.
Rasa sedih pula.
"Kenapa kau tampar Raifa?!" Zayyan mula marah aku.
Aku menyorok belakang Affan.
Aku pun ada suami juga. Ingat bini dia je ke yang boleh menyorok?
"Baguslah Aynaa tampar Raifa. Mulut macam celaka memang perlu ditampar. Aku nak tampar juga tapi disebabkan aku baru dapat tahu yang Raifa ni mengandung. Takkan lah aku nak berkasar pula kan?" Affan ketawa kecil.
Raifa nampak takut.
Affan meleraikan tangannya dari terus melilit pinggangku.
"Aku bagi Raifa dekat dengan kau, Zayyan sebab aku tahu Raifa dah jatuh cinta pada kau. Aku tak kisah dia jatuh cinta itu memang fitrah. Tapi masalahnya sekarang ini. Cinta yang kau bagi pada adik aku tu..."
Bak!
Terundur Zayyan tatkala wajahnya ditumbuk kuat oleh Affan.
Aku menekup bibir.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...