HARI ini aku bertekad untuk berbincang dengan Raifa mengenai perihal Luna. Jadi, pagi itu aku datang ke rumah Raifa.
Aku nampak Raifa sedang bersantai di atas buaian sambil makan.
Bahagia betul hidup dia.
"Assalamualaikum". Ucapku.
Raifa memandang ke arahku. Dia meletakkan biskut lantas dia membuka langkah ke arahku.
"Aynaa!" Raifa menjerit teruja.
Tubuhku terus dipeluknya sebaik saja pagar dibuka.
Aku tersenyum nipis.
"Kau sihat?" Soalku dengan lembut.
Raifa mengukirkan sengihan.
"Mestilah sihat. Baby pun sihat aje. Kenapa kau datang sini? Kau rindu aku ke?" Soal Raifa seraya tersengih mengusik.
Aku ketawa kecil.
"Taklah. Aku nak bercakap tentang Luna aje". Balasku.
"Pasal Luna? Takkan dia dah buat masalah sedangkan dia tu baru duduk sehari di rumah kau. Dia buat apa?" Soal Raifa ingin tahu.
Berminat pula nak tahu tentang adik dia.
"Tak ada apa. Dia jadi budak yang sangat baik. Aku rasa bangga sebab jadi kakak ipar dia". Balasku tenang.
"Jangan percayakan dia, Aynaa. Dia berlakon saja tu. Nanti silap - silap dia tikam belakang kau. Budak macam dia tu bukannya boleh percaya sangat".
"Maaflah, Raifa. Aku lebih percayakan Luna berbanding kau".
Air muka Raifa berubah tatkala mendengar bicaraku.
"Apa maksud kau ni?" Soalnya tak puas hati.
Aku menguntumkan senyuman manis.
"Maksud? Aku dah cakap jelas. Aku lebih percayakan Raisya Asluna berbanding Raifa Wardina".
"Kenapa pula? Kenapa kau tak percayakan aku?" Soal Raifa tak puas hati.
"Kenapa kau buat Luna macam - macam, Raifa? Aku ingatkan kau ni kakak yang baik. Kau sayang adik kau lebih dari aku sayangkan dia".
"Ei, kenapa aku melayan dia dengan baik? Walid pun kata dia tu pembawa nasib malang. Dahlah Luna tu kesilapan aje". Rungut Raifa.
Berubah air mukaku mendengar bicaranya.
Ini ke Raifa yang aku kenal sebelum ni?
"Sampai hati kau cakap macam itu pada Luna. Raifa, dia adik kandung kau tau!"
"Dia tu perampas kasih sayang daripada aku. Aku nak kasih sayang. Aku nak semua. Aku tak nak kongsi dengan si bodoh tu! Dia tu pembawa sial! Tak layak pun hidup. Sepatutnya walid tetap paksa ummi gugurkan Lu-"
Pang!
Terleleng wajah Raifa gara - gara ditamparku.
Raifa menekup pipi kanannya sambil sepasang matanya menatapku dengan wajah yang tidak percaya.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...