"ABANG". Imdad mengukirkan senyuman nipis tatkala melihat isterinya duduk bersebelahannya.
"Abang... Takkan boleh ingat semuanya nanti". Perlahan bicara Imdad membuatkan Nureen tersenyum kelat.
"Anak kita. Takkan dapat jumpa abang nanti". Lirih suara Nureen bertutur.
"Nash kan ada. Nash boleh jaga Nureen. Nureen jangan cintakan abang sangat. Nanti abang dah tak ada Nureen kahwin saja dengan lelaki lain".
"Hati Nureen hanya pada abang". Balas Nureen seraya mengusap lembut kepala Imdad.
Mandikan suaminya.
"Hubby!"
Nureen memandang Natalia yang masuk ke dalam bilik mandi juga.
"Nate buat apa di sini?" Soal Nureen lembut.
"Apa? Ingat you aje boleh bahagiakan Imdad?" Soal Natalia sinis.
Nureen tersenyum nipis.
"Nureen..."
"Ya, abang?" Soal Nureen lembut.
"Mandikan abang".
Nureen hanya akur.
"Hubby, I nak buat juga".
"Ya, Nate tolong juga. Tolong syampu rambut abang boleh?" Natalia menyeringai suka lalu dia menggosok lembut rambut Imdad.
Lembut saja.
Imdad terdiam.
"Nash mana? Tak dengar pun suara hero abang".
"Nash ada di luar. Tadi, I tengok dia tengah tidur". Balas Natalia perlahan.
"Pandai Nate jaga anak". Puji Imdad lembut.
Natalia tersengih suka.
"Nureen pun pandai jaga anak. Nash jadi budak baik sebab didikan Nureen". Puji Imdad lagi.
Tak mahu isterinya berterusan cemburu.
"Pejam mata you, hubby. I nak bersihkan rambut".
Imdad hanya ikut saja kemahuan isterinya.
Rambut Imdad dibilasnya.
"Mari Nureen basuh badan abang".
"I nak keringkan rambut hubby. Kak Nureen tepi sikit". Natalia menggosok lembut rambut Imdad dengan tuala kering.
Imdad memerhatikan Nureen yang sedang membasuh tubuhnya.
Nureen isteri yang baik.
Nureen memandang Imdad yang memegang tangannya. Imdad mengukirkan senyuman manis.
"Nureen isteri yang baik".
"Ala, Kak Nureen je? I?" Natalia mengerut cemburu.
"You isteri yang cantik". Balas Imdad tenang.
Natalia tersenyum.
Nureen memandang suaminya.
"Okey, dah. Abang dah tak nak mandi. Sejuk". Imdad keluar dari tab lalu dia memakai tuala yang berdekatan.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...