Flashback: Widya🥀

3.5K 339 156
                                        

TERJATUH alat ujian kehamilan sebaik sahaja Raifa melihat dua garis merah.

Rasa ingin rebah.

"Ayyan!" Raifa berlari keluar dari tandas lantas dia memanjat katil. Tubuh teman lelakinya dibangunkan.

"Apa dia, sayang?" Soal Zayyan lembut.

"A-aku mengandung. Ma-macam mana ni?" Soal Raifa bersama - sama tangisan.

Patutlah dia tiba - tiba kerap muntah. Malahan, dia terlalu mahu makan pelbagai jenis makanan.

"Baguslah. Jom kahwin".

"Ini tak bagus. Apa yang aku nak beritahu walid? Walid mesti marah. Aku takut". Raifa teresak.

Zayyan menarik tubuh Raifa ke dalam pelukan.

"Tak apa. Aku akan bertanggungjawab. Jangan menangis. Kita pergi bersiap dulu untuk pergi klinik. Kemudian, kita pergi rumah walid dan ummi". Pujuk Zayyan.

"Na-nanti walid marah". Raifa menangis lagi.

"Tak apa. Walid mesti marah sekejap saja".

"Dah. Jangan menangis. Kesian baby kita. Mana boleh mummy dia menangis macam ni. Pergi bersiap. Aku pergi mandi dulu". Zayyan terus bangun untuk mandi.

Raifa teresak kecil.

Apa yang dia nak jawab pada walid nanti?

Mesti walid kecewa.









+++










"UMMI..."  Luna  melabuhkan  punggung  bersebelahan  Widya.  Widya  tersenyum  nipis  lalu  rambut  Luna  diusap  dengan  lembut.

Aqhar  hanya  bermain  saja.

"Jangan  nak  mengada  dengan  ummi.  Luna  pergi  sana.  Walid  tak  suka  tengok  muka  Luna". 

Air  muka  Luna  berubah  mendengar  bicara  walidnya.

"Apa  husband  cakap  macam  itu  pada  Luna?  Kesian  dia.  Luna  jangan  peduli  cakap  walid.  Ummi  suka  Luna  bermanja  dengan  ummi".  Balas  Widya  dengan  lembut.

Luna  memeluk  erat  tubuh  Widya.

"Jangan  peluklah!"

"Husband!"  Widya  mula  membentak  keras.

Boleh  pula  Raf  menolak  tubuh  Luna  jatuh  dari  sofa.  Luna  sudah  menangis.

"Pergi  masuk  bilik!" 

Tak  ada  bantahan.

Luna  bangun  masuk  ke  dalam  bilik.  Pintu  bilik  juga  ditutup  dengan  perlahan  tanpa  sebarang  bunyi.

Tentu  Luna  sangat  kecewa.

"Kenapa  buat  Luna  macam  tu?"

"Wifey  manjakan  sangat  Luna  tu.  Nanti  besar  dia  jadi  melampau".  Tutur  Raf  bengang.

Dia  bangun  menuju  ke  dapur.

Widya  memerhatikan  suaminya  yang  berlalu.

Ya  Allah...

Tertekan  dia.

"Um-ummi?"  Tegur  Aqhar.

"Sayang  ummi.  Jangan  jadi  macam  walid".  Pesan  Widya  lembut  seraya  mendukung  tubuh  Aqhar  ke  atas  ribaannya.

AFFAN: Her Protector Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang