"SELAMAT datang, Luna!" Aku menggamit ceria dirinya masuk ke dalam rumah.
Luna terkebil - kebil melihat wajah ceria kami.
"Sementara Abang Affan mencari rumah baru. Kita akan tinggal di sini dulu. Luna kenalkan ini? Ini papa dan mama Kak Aynaa". Kataku padanya.
"Hai!" Mama terus saja memeluk tubuh Luna membuatkan dia terpinga - pinga.
"Ini adik bongsu Kak Aynaa. Ayyaz-"
"Yo!"
"Apa yo? Tegur elok - eloklah budak bertuah". Tegur papa seraya menggosok kasar kepala Ayyaz.
"Ampun papa. Jangan marah. Selamat berkenalan Kak Luna. Aqhar selalu cerita pada Ayyaz yang Kak Luna ni lone-paaaaa sakit paaa!" Ayyaz mengaduh tatkala pipinya ditarik kuat oleh papa.
Aku ketawa.
"Abang jangan buli Ayyaz saya!" Mama mula mencekak pinggang sebaik saja meleraikan pelukan dengan Luna.
"Luna boleh tidur di dalam bilik Kak Aynaa sebab Kak Aynaa tidur di dalam bilik pengantin". Tuturku lembut.
"Kak Aynaa tidur dengan Abang Affan?" Soalnya polos.
Pipiku menghangat.
Affan ketawa nakal.
"Haah. Kak Aynaa tidur dengan Abang Affan. Abang Affan nak kunyah - kunyah Kak Aynaa bila dia masuk bilik nanti". Bidas Affan sambil mengerlingku.
Gulp!
"T-tapi, Kak Aynaa boleh saja temankan Luna kalau Luna nak". Cadangku dengan lembut.
Tolonglah cakap nak, wahai Luna kesayangan Kak Aynaa.
Aku baru teringat yang aku mesti serahkan diri aku pada Affan setelah aku sah menjadi milik dia. Aku lamar dia tu niatnya bukan pasal kahwin pun. Aku cuma fikirkan pasal Luna saja.
Luna menggeleng.
"Luna dah biasa tinggal seorang. Kak Aynaa tidur saja dengan Abang Affan". Balasnya bersahaja.
Aku melopong.
Affan ketawa suka.
"Okey, biar mama yang bawa Luna pergi ke bilik Kak Aynaa. Luna boleh berehat di situ". Cadang mama seraya menarik tangan Luna supaya mengikuti langkahnya.
"Papa..." Aku memandang papa dengan muka merayu.
"Ehem. Papa nak pergi angkat barang Luna masuk bilik". Pamit papa seraya berlalu keluar.
Aku memandang Ayyaz.
"Apa pa? Papa panggil Ayyaz? Ayyaz datang!" Balas Ayyaz seraya berlari keluar dari rumah.
Eyyy, adik bertuah.
Aku memandang Affan.
Affan tersengih lebar.
Er...
"Affan. Aku nak pergi mandi. Lepaskan aku boleh?" Soalku dengan lembut.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomansaREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...