AKU menongkat dagu sambil memerhatikan Aynaa yang sedang tidur. Comel betul. Boleh pula dia tertidur lepas habis buat kerja sekolah?
Sepasang mataku memerhatikan seraut wajah jelitanya.
Aynaa...
Bila kau dekat dengan Charming tu aku rasa insecure kerana mereka jauh lebih sempurna segala - galanya berbanding aku. Mereka juga pandai ambil hati kau dan membuatkan kau sentiasa tersenyum.
Aku? Aku ni hanya tahu buat kau menangis saja. Kau mesti kecil hati dengan perangai aku kan?
Kesian kau.
Telefon bimbitku di dalam poket terasa bergetar. Aku terus bangun untuk masuk ke dalam bilik. Sebaik sahaja pintu bilik ditutup barulah panggilan Stella dijawabku.
"Hmm, nak apa?"
"Bila bie nak balik ke sini? Baby sangat - sangat rindukan bie..."
"Jangan mengada sangat boleh? Tunggu je lah sampai bie balik. Dah besar kan?"
"Apa bie ni? Asyik nak marah baby je". Aku dengar suaranya sudah mula kedengaran merajuk.
Aku menghela nafas.
Macam mana aku tak marah kau kalau kau asyik jadikan Aynaa sebagai pesalah dalam hal ni?
"Stella. Kau tak pandai nak bersyukur lagi ke? Aku dah jadi boyfriend kau macam apa yang kau nak. Macam perjanjian kita dulu. Aku akan jaga kau sampai kita habis sekolah menengah. Then, aku nak mulakan hidup baru tanpa kau dan hanya ada Aynaa".
"What? No!" Stella mula membentak marah.
"Apa yang tak? Kau tahu tak selama ni aku dah banyak buat dia menangis? Bila dia rapat dengan lelaki lain hati aku yang sakit dan pada akhirnya dia jadi mangsa keganasan aku. Aynaa tak layak terima semua ni. Aku cuma mampu jadi protector dia secara diam - diam. Jadi, kau jangan buat perangai nak kacau dia lagi. Kena kau nanti". Tegasku.
"Affan!" Stella mula mengamuk.
Aku dah dengar dia main sepahkan barang. Kenapa kau pergi tolong aku, Stella?
Haih...
"Bi-bie suka melebihkan Aynaa berbanding baby. Bie tak adil..." Dia menangis pula.
Aku menghela nafas.
"Dahlah, jangan menangis. Nanti bie balik bie meluangkan masa dengan baby". Balasku perlahan.
Tahun tahun ni, je Affan. Lepas tu kau takkan berjumpa dengan Stella selama lima tahun sebab kau akan buat rawatan psikologi.
Ya, aku akan buat rawatan tu sebab aku tak nak berterusan menyakiti hati Aynaa. Aynaa sepatutnya disayangi dan dimanjakan.
Aku meraup wajah.
"Bie..."
"Dahlah, bie penat. Bye". Aku terus matikan panggilan lalu telefon ditinggalkan di atas meja belajarku.
![](https://img.wattpad.com/cover/226227543-288-k327866.jpg)
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...