---
"Jaei!"
Seorang wanita bergesa menghampiri kanak-kanak itu. Tubuh kecilnya dibelek penuh kerisauan. Bimbang jikalau anak kecil itu terluka di mana-mana. Apa lagi di anggota badannya yang berbalut itu. Di belakangnya , kehadiran Jinhwan turut disedari setelah itu , membuatkan ia kembali berdiri lalu menunduk hormat.
"Ah , appa Jaei dah datang rupanya. Annyeonghaseyo, saya Bae Yujin , penjaga Jaei..."
"Siapa yang awak panggil 'ayah'?!"
Terperanjat wanita itu tatkala mendengar nada suara Jinhwan. Wajahnya kian menunduk , memikirkan apakah kesilapan yang ia lakukan sehingga ditengking oleh lelaki itu.
"Patut ke awak biarkan budak ni merayau dalam hospital seorang diri? Kalau apa-apa terjadi , awak nak bertanggungjawab?"
Wanita itu melarikan matanya ke arah objek yang dipegang oleh Jaei. Laju sahaja tangannya merampas objek tersebut dari anak kecil itu.
"Dah agak dah. Mesti sebab dia ni.." Kutuk wanita itu dalam nada berbisik.
Wanita itu kembali memandang Jinhwan. Hairan juga dia apabila mendapati wajah lelaki di dalam kepingan gambar itu dan Jinhwan amatlah seiras. Mungkin , hanya gaya rambutnya sahaja yang berbeza. Selain itu , dia tidak dapat menafikan bahawa mereka berdua ialah individu yang sama.
Tetapi tidak pula Jinhwan mengaku bahawa dialah lelaki yang Jaei sentiasa sebut sebagai 'appa'.
"Ahh , mungkin Jaei tengah cari omma dan appa dia. Sejak saya jadi penjaga dia , saya tak pernah pun nampak mereka melawat dia.."
"Awak fikir awak boleh jadikan tu sebagai alasan?!"
Sekali lagi Jinhwan meninggikan suaranya , membuatkan wanita itu serta merta mengetap bibirnya tanpa mengeluarkan suara. Yang keluar dari mulutnya selepas itu hanyalah kata maaf sambil membongkokkan tubuhnya di hadapan lelaki itu. Padahal yang ia lakukan hanyalah cuba untuk membela dirinya sendiri , walaupun ia akui hal itu hanyalah kedengaran seperti satu alasan. Malah , herdikan pula yang ia dapat.
Jinhwan menghela nafas panjang sebelum memutarkan tubuhnya untuk pergi. Namun , melihatkan dirinya yang tercegat tanpa bergerak seinci pun , Jinhwan seperti teragak-agak ingin meninggalkan wad kanak-kanak tersebut. Banyak yang bermain di fikirannya ketika itu. Jinhwan akhirnya beredar dan wanita tersebut pun menarik keluar telefonnya dari poket lalu membuat satu panggilan.
"Dia dah terserempak dengan Jaei."
"Baiklah. Terus maklumkan pada saya kalau jadi apa-apa .."
"Nae.."
Panggilan itu kemudiannya diputuskan oleh pihak tersebut dan telefon yang ia gunakan disimpan semula di dalam kocek blazer miliknya. Lelaki yang sedang berdiri menghadap jendela besar di dalam kamar hospital itu kembali menoleh pada susuk tubuh yang kini terlantar di atas katil bersama mesin-mesin perubatan yang menyokong fungsi tubuh tersebut.
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...