---
"Minhyuk jaga diri tau. Jangan nakal-nakal. Dengar cakap nanny Jung , okay honey?"
Dengan akur , Minhyuk menganggukkan kepalanya. Kedua-dua belah sisi lengan anak kecil itu diusap perlahan bersama senyuman lebar yang kini tersungging di bibir Taeri. Minhyuk tanpa ragu kemudiannya turut sama menunjukkan kasih sayangnya kepada wanita tersebut dengan memeluk erat tubuh Taeri yang pada ketika itu sedang duduk mencangkung di hadapannya.
Taeri pun kembali mendakap Minhyuk sambil mengusap lembut belakang abdomennya. Tidak dapat disangkal lagi , sayang Taeri pada anak itulah yang membuatkan dirinya terasa begitu berat sekali hendak meninggalkan rumah kediaman mereka. Taeri diam-diam mengalihkan pandangannya kepada seorang wanita yang telah ia berikan tanggungjawab untuk menjaga Minhyuk mulai hari ini.
Dia pasti Puan Jung ialah orang yang paling tepat untuk tugasan tersebut. Bahkan , wanita yang berumur dalam lingkungan 40-an itu juga sudah lama bekerja dengan keluarganya. Dia jugalah yang telah mengasuh Taeri semasa wanita itu masih muda remaja. Memang tidak disangka-sangka , tahu-tahu sahaja puteri jagaannya itu sudahpun dewasa.
Puan Jung mengangguk perlahan sebaik sahaja mereka berdua bertentang mata , meyakinkan Taeri agar membenarkan anaknya itu diletakkan di bawah jagaannya buat sementara waktu sehinggalah si ibu itu pulang dari kerja.
"Tak perlu tunggu omma balik , okay? See you!"
Taeri tidak henti-henti melambaikan tangannya sambil tersenyum sehinggalah batang hidung wanita itu akhirnya hilang dari pandangan mereka berdua. Setelah itu , kepala Minhyuk didongak menghala ke arah pengasuhnya.
"Nanny rasa omma boleh ke bertahan satu hari di sana?"
Puan Jung hanya menjungkitkan kedua-dua belah bahunya tanda tidak tahu. Sebagai seseorang yang sudah begitu lama mengenali wanita tersebut , Puan Jung faham benar dengan soalan yang diajukan oleh Minhyuk itu dan yang pastinya , mereka berdua sependapat tentang Taeri.
"Mari.."
Puan Jung menghulurkan tangan kanannya untuk dipimpin oleh Minhyuk lalu langkah wanita itu pun dibuntuti sehingga ke dapur.
"Kenapa omma kamu tiba-tiba nak bekerja? Setahu nanny , dia tak minat buat benda-benda macam tu?"
Sebiji epal merah dipilih secara rawak sementara Minhyuk pula sedang memanjat kerusi untuk duduk di meja makan. Buah itu kemudiannya dilalukan di bawah air paip lalu dikupas kulitnya dengan pisau bersaiz kecil.
"Entahlah. Minhyuk pun tak tahu.."
Puan Jung turut memotong buah tersebut menjadi beberapa bahagian. Tidak lupa juga biji dan tangkainya yang dibuang ke dalam tong sampah sebelum buah yang telah siap dipotong itu akhirnya dihidangkan di dalam piring untuk Minhyuk nikmati.
Wanita itu tersenyum sendirian. Entah apa pula yang telah membuatkan puteri tunggal dari keluarga berada ini tiba-tiba nekad untuk bekerja keras.
"Aduhai.. Taeri , Taeri.."
---
"Susun barang-barang ni semua ikut tarikh luput. Yang mana expired dulu , letak di depan."
Taeri mengangguk. Sebelum Taeri dan lelaki yang merupakan pemilik kedai itu beralih ke mesin juruwang , mereka berhenti di sudut meja kaunter tersebut. Satu butang yang tersembunyi di bawah kaunter itu ditunjukkan kepada Taeri.
"Kamu tahu butang ni untuk apa?"
Taeri menggeleng. Sejujurnya , dia langsung tidak dapat meneka fungsi butang tersebut. Rupanya sahaja sudah membuatkan wanita itu tertanya-tanya tentang kewujudannya dia sana.
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...