---
"Minhyuk-ah.. boleh omma masuk?"
Sudah beberapa kali dedaun pintu bilik tidur itu diketuk dengan perlahan. Namun begitu , Taeri masih lagi tidak menerima sebarang respon dari ruang di sebalik objek tersebut.
Taeri mengeluh berat. Hati kecilnya tidak senang tatkala membayangkan apa yang sedang Minhyuk lalui di sekolah selama beberapa bulan ini selepas dia dan Jinhwan akhirnya bercerai.
Yang membuatkan Taeri bertambah marah adalah apabila dia mendapati bahawa hal tersebut diketahui oleh anak-anak nakal itu melalui perbualan ibu bapa mereka. Tidakkah mereka sebagai orang dewasa sepatutnya bimbang tentang setiap apa yang mereka sebutkan di hadapan anak-anak sendiri?
Taeri mendekatkan sebelah telinganya pada permukaan kayu tersebut sambil tangan kirinya berpaut pada tombol pintu.
Senyap dan sunyi. Tiada apa-apa yang ganjil kedengaran. Lagi pula , anak kecil itu kebiasaannya sudahpun tidur dengan lena pada waktu-waktu begini. Selepas berfikir panjang , Taeri akhirnya memutuskan untuk memusing tombol pintu yang sedang dipegangnya pada ketika itu.
Mujurlah Minhyuk tidak mengunci pintu biliknya. Dan memang benar jangkaan Taeri. Anak kecil itu sudah lama tertidur di dalam kamarnya. Taeri berdiri betul-betul di samping katil milik kanak-kanak tersebut. Kepala Minhyuk kemudiannya diusap lembut lalu dikucup oleh wanita itu.
"Goodnight sweetheart.."
Taeri benar-benar berharap agar anak kecil itu sudi untuk bercerita tentang segala masalahnya di sekolah mulai hari esok. Dia sama sekali tidak mahu Minhyuk belajar untuk memendam kesulitan yang dilaluinya seorang diri. Kanak-kanak seusia Minhyuk sepatutnya tahu bahawa ibu bapa adalah tempat yang sesuai untuk mengadu.
"Kenapa omma tipu?"
Ketika Taeri baru sahaja hendak menapak keluar dari bilik anaknya , suara Minhyuk secara tidak langsung telah membuatkan wanita itu menoleh. Hampir gugur jantung ibu Minhyuk itu gara-gara terperanjat.
Sudahlah hanya mereka berdua sahaja yang kini berada di dalam rumah besar itu. Siapa tahu jika ada entiti yang ingin memunculkan diri mereka malam itu?
Kanak-kanak tersebut dilihat kini terduduk di atas katilnya. Rupa-rupanya selama Taeri berada di sana , Minhyuk hanya berpura-pura tidur.
"Omma sendiri pernah beritahu Minhyuk yang menipu tu salah."
Taeri ikut sama melabuhkan punggungnya di sisi Minhyuk. Dia tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan situasi serta statusnya kepada kanak-kanak itu. Jika dia cerita sekalipun , mampukah anak itu mengerti?
Dan yang paling penting , bolehkah Minhyuk menerima kenyataan bahawa Jinhwan tidak lagi bertanggungjawab ke atasnya?
"Betul ke Minhyuk akan ada omma baru?"
Mata Taeri sudah mula berkaca sebaik sahaja soalan itu terpacul dari mulut anaknya. Sukar sekali untuk Taeri menyembunyikan emosi sebenarnya di hadapan Minhyuk. Anak itu juga sudah tentu lebih mengetahui kerana akalnya cukup tajam untuk membaca keadaan.
"Aww.. honey.."
Tubuh kecil itu pantas dipeluk dengan erat demi menutup kenyataan bahawa Taeri sedang menangis sebak di sana. Ibu mana yang mahu kelihatan lemah di hadapan anak mereka , bukan?
"Siapa yang beritahu kamu semua ni , hmm?"
Pelukan tersebut dileraikan. Kedua-dua belah tangan Taeri kini diletakkan pada bahu Minhyuk. Manakala anak kecil itu pula sekadar menundukkan wajahnya. Dia tidak ingin memberitahu Taeri tentang keadaan sebenarnya di sekolah. Perkara itu tentunya akan membuatkan si ibu bertambah risau.
"Omma cubalah berbaik dengan appa. Minhyuk tahu , appa mesti masih sayangkan omma. Omma pun sama , kan?"
Minhyuk kembali memeluk Taeri dengan melilit tangan kecilnya pada pinggang wanita itu. Dia ingin melihat keluarganya bersatu semula. Sememangnya , itulah apa yang Minhyuk harapkan selama ini kerana keluarga tersebut adalah segala-galanya bagi anak itu.
"Minhyuk lega sangat bila dah tahu semua tu."
Dua anak-beranak itu kini terbaring di atas satu katil. Taeri memutuskan untuk tidur bersama-sama anak manjanya itu pada malam ini kerana dia juga tidak ingin tidur bersendirian.
"Kalau kamu nak tahu , Minhyuk-ah.. Kamu boleh cerita apa sahaja pada omma mulai saat ni , nae? Jangan cuba sorok apa-apa."
"Nae.."
Taeri tiba-tiba teringat akan situasi mencemaskan yang pernah dia lalui dahulu ketika Minhyuk ditemui pengsan di dalam cubicle tandas. Kemudian , terdetik di hati wanita tersebut untuk bertanya jika apa yang berlaku pada Minhyuk saat itu ada kaitan dengan pembulinya.
"Kamu tak rasa kamu ada sesuatu untuk diceritakan pada omma ke? Tentang macam mana kamu boleh pengsan dalam tandas di tadika dulu?"
Jari-jemari kecil kepunyaan Minhyuk terus bermain dengan selimut tebalnya. Peristiwa yang disebutkan oleh Taeri itu cukup menakutkan buat kanak-kanak yang kini berusia 7 tahun tersebut. Sejak hari itu , Minhyuk mempunyai fobia terhadap tempat yang sempit dan tertutup. Berada di dalamnya sahaja sudah membuatkan kanak-kanak itu berasa lemas.
Dan semenjak Minhyuk pertama kali dikejarkan ke hospital kerana insiden itu , anak-anak nakal yang sering membulinya tidak ingin lagi mengambil risiko. Namun begitu , apabila mereka didapati telah dimasukkan ke sekolah yang sama , Minhyuk terus berjaga-jaga.
"Minhyuk terkunci dalam tandas."
"Budak-budak nakal yang ganggu kamu sekarang... merekalah penyebabnya , kan?"
Minhyuk sekadar mengangguk lemah. Taeri menarik kepala anak itu rapat ke tengkuknya lalu dikucup ubun-ubun kepala anak tersebut.
"Nanti omma pindahkan kamu ke sekolah lain , okay? Jangan risau. Mereka takkan sakiti kamu lagi."
Taeri tersenyum pahit.
"Terima kasih sebab jujur dengan omma , Minhyuk-ah.."
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...