---
"Just tunggu panggilan dari saya? Eww.. why did I even said that?"
Ketika Taeri sedang mengutuk keras dirinya di dalam hati , dia turut menampar dua ulas bibir munggilya itu berkali-kali penuh geram.
Sungguh lancang sekali mulutnya itu melepaskan kata-kata sedemikian hanya kerana sifat belas kasihan wanita tersebut setelah melihat bagaimana Jinhwan menangis di hadapan matanya sebentar tadi.
Namun begitu , sudah terlambat untuk dia menyesalinya. Segala apa yang telah disebutkan oleh Taeri tadi tidak akan mampu ditarik balik sekalipun jika dia mati lalu hidup semula.
Semoga sahaja Jinhwan tidak termakan dengan pujukan kosongnya itu. Lagi pula , Taeri memang langsung tidak berniat untuk berhubung dengan lelaki tersebut selepas ini. Cukuplah sekadar apa yang sudahpun berlaku malam tadi.
Tiada lagi istilah 'akan datang' , kerana Taeri tidak mahu melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Dia serik.
Wanita itu akhirnya bersandar tenang , melepaskan satu keluhan berat sambil menyilangkan kedua-dua belah tangan ke dadanya. Tidak pasal-pasal pula rasa simpatinya terhadap lelaki tersebut mula timbul.
Sedangkan Taeri juga tahu bahawa dia tidak sepatutnya merasakan perkara seperti itu. Lebih-lebih lagi ketika dia berada di dalam situasi yang mana dia sepatutnya membenci Jinhwan sepenuh hatinya.
Dan hal seumpama yang baru sahaja berlaku di rumah lelaki itu tidak boleh dibiarkan berulang sama sekali. Biarlah jika Taeri digelar egois kerana pendiriannya yang satu ini.
Ketika Taeri sedang memejam rapat kelopak matanya , bayangan atau lebih tepat lagi memori wanita itu tatkala berciuman intim dengan Jinhwan kembali segar di ingatan. Mata Taeri kembali membulat sambil memegang dua sisi mukanya yang sedang menghangat.
Wanita itu nampaknya terlalu asyik melayan perasaan sehingga dia langsung tidak sedar bahawa pemandu teksi di tempat duduk hadapan sedang memberikan pandangan yang aneh terhadapnya.
Pemandu tua separuh abad itupun hanya mampu menggelengkan kepala melihat bagaimana Taeri sedang meroyan di belakangnya. Anak muda sekarang memang pelik-pelik ragamnya , bisik hati pemandu teksi tersebut.
"Gatal sungguh kau ni Taeri."
Taeri juga tidak terkecuali , merutuki bagaimana tindak balas hormon wanita itu tidak seiring dengan pendiriannya. Lengannya digosok perlahan demi menghilangkan rasa janggal tatkala memikirkan kembali saat-saat itu.
Apa yang peliknya jika Taeri mula membayangkan dirinya disayangi oleh lelaki , bukan? Dia sudah cukup dewasa untuk merasai semua itu. Hanya dia sahaja yang merasakan dirinya itu tidak didambakan oleh mana-mana lelaki.
Jinhwan ialah salah satu sebab mengapa Taeri masih lagi mempunyai persepsi sebegitu terhadap dirinya sendiri. Jika bersama dengan lelaki lain adalah semudah Jinhwan membelakanginya demi wanita itu , Taeri juga mahu melakukannya.
---
"Jadi Taeri memang dah berkahwin?"
Jiwon mencebik. Telefon milik wanita itu yang dia bawa pulang malam tadi dicapai. Dia kemudiannya menghidupkan skrin telefon tersebut lalu menatap lama latar belakang lock screen yang memaparkan swafoto Taeri bersama seorang kanak-kanak lelaki.
Walau beratus kali pun Jiwon menatap gambar tersebut , wajah anak kecil tersebut langsung tidak menyerupai kanak-kanak yang dia lihat malam semalam. Jiwon mengurut dahinya lalu mencuri pandang ke arah fail resume milik Taeri.
Bagaimana dia boleh tidak perasan tentang status wanita itu?
Jiwon membuat kesimpulan sendiri bahawa Taeri sudah mempunyai dua orang anak bersama lelaki bertubuh genit itu dan situasi mereka sekarang memaksa dua orang adik-beradik tersebut untuk berpisah.
Mungkin kesimpulannya ini bakal kedengaran seperti sebuah drama yang penuh konflik tetapi benarlah. Cuma banyak lagi yang belum Jiwon ketahui tentang Taeri dan kehidupannya.
"Tengok apa tu , huh?"
Tahu-tahu sahaja , objek di tangan Jiwon kini dirampas oleh sepupunya.
"Ni Taeri kan? Siapa pula budak ni?"
Beberapa detik setelah itu , sepupu Jiwon terlihat membundarkan matanya. Jiwon sudah boleh agak apa yang sedang terlintas di fikiran wanita itu.
"Omo.. maknanya Jiwon oppa dah tak ada chance lah ni , hmm?"
Wanita itu mentertawakan Jiwon tanpa ampun. Sudah pastinya , Jiwon yang mampu menjangkakan hal itu kian memeluk tubuhnya dengan muka yang masam mencuka. Dasar sepupu tak guna , kutuknya di dalam hati.
Air mata yang tersisa di hujung mata wanita itu dikesat penuh dramatik. Puas rasanya dia mengenakan Jiwon semula. Itulah padahnya suka menyusahkan dirinya selama ini.
"Tapi kalau anak dia comel macam ni... mesti sebab appa dia hot , kan?" Usiknya lagi.
Jiwon menggulingkan bebola matanya , menyampah apabila ada orang lain yang dikatakan hot selain daripada dirinya.
"Mana ada. Nampak macam budak-budak je."
Jarinya mula menari-nari di atas permukaan meja , cuba untuk tidak terkesan dengan apa yang dikatakan oleh wanita itu.
"Aku lagi hot.." Bisik Jiwon perlahan namun cukup jelas untuk sepupunya dengari.
Wanita itu tersenyum penuh makna. Sepertinya ada sesuatu yang perlu dia lakukan dengan informasi ini. Dan tentunya , hal ini perlu diketahui orang lain juga.
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...