S2 - 13 장

44 6 37
                                    

---

TAERI

"You?!!"

Sejujurnya, aku sendiri pun tidak pasti mengapa dan bagaimana aku yang sedang elok-elok duduk sopan di atas kerusi sebentar tadi kini berdiri secara mendadak. Mata aku membulat , sama sekali tidak percaya dengan apa yang sedang aku lihat sekarang.

Sama ada aku hanya terkejut atau tersinggung tatkala mengenangkan peristiwa yang berlaku semalam sebaik sahaja aku melihat wajah lelaki di hadapan aku ini , aku juga tidak dapat meneka puncanya.

Yang pastinya , aku terpaksa menebalkan muka apabila mengesan keberadaan gerangan yang dengan sengaja meninggalkan aku sendirian bersama tiga orang penyangak di dalam kedai malam tadi. Huh , hidup lagi rupanya lelaki ini.

Cara lelaki itu melambai-lambaikan tangannya ke arah ini sahaja pun sudah meyakinkan aku bahawa dia ialah seorang yang licik sehingga mampu memperdayakan penyangak-penyangak tersebut untuk melepaskannya. Lihatlah dia sekarang , bahagia betul dia memperlekehkan aku dengan senyumannya itu.

"Is everything okay?"

Seorang wanita berpakaian formal dilihat menjengukkan kepalanya ke dalam bilik itu melalui bukaan pintu. Barangkali jeritan aku di awal temu duga tadi terlalu kuat. Agaknya , inilah yang akan berlaku apabila aku berkawan rapat dengan Junhoe , bukan?

Satu-satunya lelaki di dalam ruangan itu menggeleng perlahan. Isyarat tangannya diberikan kepada staf tersebut agar segera meninggalkan kami berdua. Tidak dilupakan juga senyumannya yang menjengkelkan itu.

"Sit down.. please , my lady.."

Aku menggigit bawah bibirku , menahan geram. Seolah-olah dipukau dengan tingkah budimannya itu , aku kembali duduk di atas kerusi dengan ekspresi wajah yang langsung tidak menunjukkan rasa kepuashatian.

"Jadi , awak nak saya interview awak sama macam orang lain atau awak nak saya beri awak kerja terus?"

Tawaran seperti apakah ini? Mengapa secara tiba-tiba sahaja dia begitu baik untuk membenarkan aku kerja di syarikat ini tanpa perlu melalui temu duga terlebih dahulu?

Adakah sekarang ini dia akhirnya berasa serba salah kerana meletakkan aku dalam posisi menakutkan seperti itu? Ceh. Sudah terlambat pun untuk dia meminta ampun.

"Dan kenapa pula saya perlu bekerja di sini in the first place?"

Aku tahu soalan biadap aku ini akan serta merta menyebabkan aku dikecualikan daripada mendapat tempat di dalam syarikat ini.

Tetapi , peduli apa? Dengan hanya berbekalkan secebis kelayakan yang aku miliki untuk temu duga ini , aku sendiri pun tidak yakin bahawa aku akan dipilih. Niat aku datang ke syarikat besar ini pun sekadar ingin mencuba nasib sahaja.

"Sebab awak mungkin jodoh saya."

Lelaki itu tersenyum lagi. Bangga sungguh dia dengan ayat godaannya yang tidak menjadi itu. Tolonglah. Mengapa dia ini begitu kuat mengusik perempuan?

"Lupakan saja. Saya tak akan kerja di sini."

Ketika aku hendak melangkah pergi , soalan yang terbit dari mulutnya saat itu mematikan niat aku buat seketika.

Divorce Aftermath [ MalayFic ]Where stories live. Discover now