S1 - 37 장

44 8 21
                                    

---

Zaman remaja Taeri tidak sama seperti rakan-rakannya yang lain. Biarpun dahulunya dia merupakan pelajar cemerlang pada waktu itu , impian remaja tersebut untuk menyambung pelajarannya di institusi pengajian tinggi tidak kesampaian. Dia sudah tersekat di alam perkahwinan pada usia yang begitu muda sementara rakan-rakan seusianya yang lain sedang berseronok menjalani kehidupan mereka di universiti.

Taeri juga yang telah memilih untuk hidup dalam keadaan begitu. Jadi , tidak mungkin dia mampu untuk menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Bahkan , sudah tiada ruang untuk wanita itu berpatah balik. Hidupnya perlu diteruskan kerana buat masa ini , tiada apa yang ingin dia kesali.

"Ingat lagi tak Lee Jinseol dari kelas sebelah?"

Sampuk seorang lelaki di hadapan kumpulan alumni itu lalu menyelak helaian majalah pelajar sesi 2016. Jari telunjuknya ditunding pada gambar seorang pelajar perempuan yang sedang dia perkatakan. Ketika itu , mereka sedang hangat bergosip tentang alumni dari kelas lain.

"Ah , Jinseol yang pendiam tu ke.."

Lelaki bernama Hongseok itu terus memetik jarinya sebaik sahaja mendapat respon. Bermakna betullah tekaan salah seorang dari mereka itu. Entah apalah yang membuatkannya terlihat begitu bersemangat untuk bercerita tentang wanita tersebut.

"Kau semua mesti tak percaya. Jinseol ni nampak je macam pemalu tapi.. tengok dia sekarang."

Hongseok menunjukkan laman sosial media Jinseol pada skrin telefonnya. Kebanyakan gambar di dalam akaun milik wanita itu mempamerkan bentuk tubuhnya. Taeri yang sempat melihat gambar-gambar tersebut ikut sama melopong seperti mereka yang kebanyakannya terdiri daripada lelaki.

"Ish , kenapalah dalam kelas kita tak ada yang glow-up macam ni?"

Yang lelaki sudah berkeluh kesah.

"Ala.. time dulu-dulu mana ada lelaki nak pandang.. bila dah glow-up , baru nak terhegeh-hegeh."

Ketika sekumpulan lelaki dan perempuan saling bertekak di meja itu , Taeri mengambil peluang untuk membelek majalah pelajar tersebut. Manalah tahu jika wajahnya banyak terpampang di dalam majalah itu. Dia tersengih sendirian tatkala mengimbau kembali memori manis sepanjang menjadi pelajar sekolah menengah.

Tumpuan Taeri terhenti pada laman yang seterusnya. Ketika pelajar lain sedang tersenyum di hadapan kamera , hanya seorang sahaja di antara mereka yang berwajah suram. Hal itu sekaligus membuatkan Taeri tertanya-tanya. Wajah wanita itu juga mengingatkan Taeri kepada seseorang.

"Yah! Yah! Yah! Tengok ni... kau semua mesti kenal dia siapa."

Kini tiba giliran Gyuri yang duduk di sebelah Taeri pula ingin bergosip. Skrin telefonnya menjadi tumpuan setiap seorang daripada mereka , termasuklah Taeri. Satu artikel di Internet menjadi bualan ramai.

"Colleague dekat company aku kata dia ni dakwa ayah dia sendiri sampai masuk penjara. Jadi sekarang company tu dia yang pegang."

"Jjinja? Tergamaknya dia buat macam tu.."

"Ahh , aku pun ada follow pasal cerita perempuan ni. Kalau tak silap aku , dulu ada satu artikel keluar pasal dia menghilang entah ke mana lepas ganti tempat ayah dia as a CEO syarikat tu. Orang fikir dia ni mata duitan sampai sanggup jatuhkan nama ayah dia. Then tiba-tiba sekarang ni , media kata dia baru saja bangun dari koma. Katanya kemalangan jalan raya. Artikel syarikat ni pula buat kenyataan yang dia dah sedar."

"Emm.. siapa yang kau semua cakapkan ni?"

Akhirnya , Taeri berjaya mencelah. Dia malu kerana dia seorang sahaja yang tidak tahu menahu tentang individu yang sedang mereka bualkan.

"Kau tak ingat ke Taeri? Dialah Han Sooyeon yang orang kata selalu bawa malang tu. Nah tengok ni. Aku ada gambar dia."

Jinhyun tercari-cari gambar yang dia maksudkan. Menurutnya , gambar tersebut diambil kira-kira tiga tahun lepas. Wanita itu pun menolak telefonnya untuk dilihat oleh Taeri.

"Kebetulan aku ada ikuti seminar di satu hotel tiga tahun lepas dan terserempak dengan dia ni. Aku tak tegur dia pun sebab ada lelaki lain dengan dia waktu tu. Jadi aku pun curi-curi ambil gambar. Macam tak sangka pula dia satu sekolah dengan kita dulu."

"Wah.. gambar ni kalau kau bagi pada wartawan , mesti kecoh. Lelaki ni pun CEO syarikat besar juga. Dah berkahwin pula tu."

Di antara mereka yang sedang tertawa , Taeri diam membisu di tempatnya setelah melihat gambar tersebut. Walau berapa kali pun dia cuba menafikan apa yang sedang dia lihat , fakta bahawa suaminya yang turut berada di dalam gambar tersebut sedang berciuman dengan wanita yang mereka perkatakan membuatkan hati Taeri berkecamuk.

---

Divorce Aftermath [ MalayFic ]Where stories live. Discover now