---
JINHWAN
Mana pula perginya tali leher yang baru sahaja aku beli dua hari lepas?
Seingat aku , bungkusan yang dibawa pulang tempoh hari masih lagi berada di luar almari baju ini semalam. Satu hal pula untuk aku mencarinya semula. Buang masa betul.
"Cari apa?"
Secara kebetulan pula Taeri turut berada di sini. Memang tepat pada masanya. Aku sendiri sudah buntu hendak mencari bungkusan itu.
Mungkin aku patut bertanya sahaja kepada Taeri memandangkan dialah yang selalunya mengemas bilik kami.
"Di mana awak simpan tali leher yang saya beli tempoh hari?" Soalku dingin bersamaan dengan nada kekesalan. Jika bukan disebabkan hal remeh ini , sudah tentu aku tidak akan lambat untuk ke pejabat.
Taeri tidak menjawab soalan aku. Sebaliknya , dia terus membuka almari pakaian aku lalu mengambil sebuah kotak nipis di dalamnya. Tali leher berwarna kelabu dikeluarkan daripada kotak tersebut.
"Tunggu.. saya taknak pakai yang tu."
Aku cepat-cepat menahan tangannya.
"Tapi awak nampak segak dengan warna ni.. atau apa yang saya fikirkan ni salah?"
Deg.
Adakah itu satu pujian?
"Ke marilah.. biar saya yang pakaikan untuk awak."
Tanpa kebenaran aku , Taeri sudahpun mula mengikat tali leher aku. Aku perhatikan sahaja wajahnya penuh minat. Dia terus tersenyum.
"Selesai."
Taeri tersenyum lebar ke telinganya. Sedangkan aku? Tentu sekali tidak. Aku berasa janggal menerima layanan baik dari Taeri , walaupun itu sememangnya tugas seorang isteri.
"Jinhwan..."
"Apa?"
"Awak tak rasa kita patut ambil anak angkat ke? Saya tahu yang kita dah bincang pasal ni. Maksud saya , kalau awak taknak anak sendiri pun , sekurang-kurangnya kita boleh ambil anak angkat , kan?"
Ah , tidak. Bukan soalan ini. Taeri hanya tersenyum lalu menyambung lagi ayatnya.
"Lagipun awak sibuk bekerja , jadi hanya saya seorang saja di rumah. Saya rasa sunyi sangat-sangat. Boleh kita ambil anak angkat?"
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...