---
"Saya Han Sooyeon. Kita pernah bercakap di telefon sebelum ni.."
Melihat bagaimana air muka Taeri berubah mendadak saat itu , Jinhwan tanpa sedar mula mengepal jari-jemarinya sambil mengetap gigi. Manakala Sooyeon pula terus tersenyum miring. Kemenangan tentu sekali berada di pihaknya saat itu.
Taeri pula terus membisu. Barangkali , fizikal dan emosi wanita itu kedua-duanya sudahpun kepenatan tatkala perlu membayangkan kembali segala kesakitan yang dia alami , kesan daripada perpisahan mereka.
Fakta bahawa mereka berdua perlu berpisah disebabkan tindakan Jinhwan yang tergamak menduakan Taeri ternyata langsung tidak membantu wanita itu untuk pulih dari luka lalunya.
Sudah pasti , panggilan telefon yang dibuat oleh Sooyeon kepada Taeri pada hari kejadian itulah yang menyebabkan mereka berdua berada dalam keadaan begini. Bukan hanya Taeri , malah Jinhwan juga terluka sama. Lebih-lebih lagi setelah dia mengabaikan perasaan Taeri selama ini dan tiba-tiba sahaja mulai jatuh hati kepada wanita itu pada saat akhir.
"Jadi.. awak hantar Minhyuk untuk bersekolah di sini juga?" Soal Sooyeon , sengaja mengubah topik perbualan mereka.
"Tapi seingat saya lah.. bukan ke dia bersekolah di tempat lain sebelum ni? Ataupun.. awak sengaja pindahkan anak awak ke sini sebab nak dekati Jinhwan?"
Sooyeon memeluk tubuhnya angkuh.
"Geumanhae , Han Sooyeon."
Jinhwan memejam rapat kelopak matanya. Tangan lelaki itu sudah lama dikepal sejak awal tadi. Bila-bila masa sahaja tangan Jinhwan boleh naik ke wajah Sooyeon.
"Excuse me.. Taeri bukan orang yang macam tu. Plus , tak mungkin dia nak terhegeh-hegeh jilat ludah dia balik."
Junhoe berjalan santai menghampiri mereka bertiga dengan kedua-dua belah tangannya yang sentiasa diseluk ke dalam kocek seluar. Jika mereka fikir mereka boleh menyakiti Taeri sekali lagi , mereka silap.
"Awak tak akan dapat reaksi yang awak nak tu dari dia."
Junhoe menghampiri Sooyeon sehingga tubuh tinggi lampainya itu berada betul-betul di hadapan wanita tersebut. Satu pandangan tajam diberikan olehnya kepada Sooyeon.
"Mari pergi."
Junhoe bertindak merangkul bahu Taeri dari sisi lalu membawa wanita itu pergi dari sana. Memang sengaja dia berbuat begitu memandangkan tiada sesiapa di antara mereka yang berada di pihak Taeri selain dirinya.
Jinhwan dan Sooyeon pula masing-masing berwajah tegang kerana rasa tidak puas hati. Jika Jinhwan , ianya pasti kerana dia tidak gemar melihat kemunculan Junhoe yang kini beransur-ansur menggantikan tempatnya di sisi Taeri. Manakala bagi Sooyeon pula , ketidakpuashatian di wajah wanita itu sukar untuk digambarkan.
---
Perutnya mula berkeroncong menandakan ia sedang lapar. Minhyuk hanya mampu mengeluh. Nak atau tidak , terpaksalah dia menunggu waktu persekolahannya tamat agar dia boleh pulang dan menikmati makanan di rumah. Bagaimana mungkin dia boleh terlupa untuk membawa bekalan makanannya bersama?
Minhyuk mengambil peluang yang ada untuk berjalan di sekitar bangunan sekolahnya pada waktu rehat. Padang yang dilitupi rumput segar diamati. Reka bentuk sekolah ini bahkan lebih baik dari sekolah lamanya. Malah , lebih besar. Minhyuk terus berjalan sehingga dia tiba di stor penyimpanan alatan sukan.
"Aku suruh kau beli susu coklat. Bukan susu strawberi."
Minhyuk yang pada ketika itu hampir menonjolkan dirinya kembali bersembunyi di sebalik dinding bangunan tersebut. Dia sempat menjenguk ke arah punca suara tersebut.
Beberapa orang kanak-kanak bertubuh dua kali ganda lebih besar daripadanya sedang mengepung seseorang tidak jauh dari sana. Minhyuk yang sudah pastinya tidak mahu menjadi mangsa sekali lagi mengundur untuk beredar tanpa menimbulkan kekecohan. Namun begitu , langkah Minhyuk terbantut apabila dia sepertinya terlanggar seseorang yang berada di belakangnya.
"S-sorry.."
Melihat saiz tubuh figura yang secara tidak sengaja dilanggarnya itu di hadapan mata , Minhyuk secara automatik mengundurkan langkah. Tanpa dia sedar , dia sudahpun terdedah dari tempat persembunyiannya tadi. Ketika mata-mata itu tertumpu pada Minhyuk , mangsa mereka tadi secara tidak langsung berpeluang untuk melarikan diri.
"Budak baru ke ni?"
"Tak tahu. Tak pernah nampak."
Minhyuk menundukkan pandangan , tidak mahu wajahnya dilihat oleh mereka.
"Apa nama kau?"
Minhyuk menggigit bawah bibirnya. Dia tidak ingin maklumat dirinya diketahui , sekurang-kurangnya oleh tiga orang pembuli itu.
"Hey.."
Salah seorang dari mereka menolak kasar bahu kiri Minhyuk sehingga ia hampir hilang keseimbangan tubuhnya. Mujurlah Minhyuk sempat bersandar pada dinding bangunan tersebut.
Kemudian entah bagaimana , sesuatu yang tidak diketahui asal usulnya melambung ke arah mereka.
"Ular!!!"
Ketiga-tiga pembuli itu pun menjerit lalu lari bertempiaran. Minhyuk yang bingung dengan reaksi mereka terhadap objek itu kemudiannya mencangkung untuk melihat dengan lebih dekat. Bagaimana mungkin mereka boleh terpedaya dengan begitu mudah?
Ketika Minhyuk hendak mengambil mainan getah yang menyerupai seekor ular itu , seseorang sudahpun terlebih dahulu menariknya. Minhyuk mengangkat wajahnya dan terkejut apabila melihat anak kecil yang turut mencangkung di hadapannya saat itu.
"Jaei?"
Anak kecil tersebut kembali berdiri lalu kemudiannya diikuti pula oleh figura tersebut. Jaei tanpa segan mendepakan tangan kanannya yang kecil itu di hadapan Minhyuk.
"W-waeyo?"
"Cupcake.."
Kening Minhyuk bertaut rapat. Mengapa Jaei tiba-tiba meminta kek cawan darinya? Mungkinkah Jaei meminta manisan itu sebagai balasan kerana telah menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa buli?
Biar betul Jaei ini.
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...