S2 - 06 장

42 6 38
                                    

---

"Omma!"

Bukan main lebar lagi senyuman yang terukir di bibir Taeri apabila melihat anak tunggalnya itu pulang dari sekolah. Junhoe yang turut menyusul di belakang kanak-kanak tersebut kembali menutup pintu utama lalu berjalan ke arah mereka berdua.

Tiada yang lebih menggembirakan buat dirinya selain daripada melihat dua anak-beranak itu gembira bersama.

Taeri menghentikan segala kerja dapurnya pada saat itu juga lalu duduk bercangkung di hadapan Minhyuk. Pipi gebu kepunyaan anak kecil itu diusap lembut oleh kedua-dua ibu jarinya. Melihat Minhyuk tersenyum begitu saat dimanjakan oleh wanita tersebut , hatinya beransur lega.

Tipulah jika Taeri langsung tidak bimbang akan keadaan anaknya pada hari pertama ia melangkah ke sekolah baru itu.

Sejujurnya , terlalu banyak perkara yang bermain di fikirannya sementara menunggu kepulangan Minhyuk. Sejak pagi tadi lagi otak Taeri ligat membayangkan setiap apa yang mungkin dilakukan oleh anak itu di sekolah. Dia hanya berharap agar Minhyuk tidak ditimpa sebarang masalah semasa ketiadaannya.

Lebih-lebih lagi setelah dia mengetahui bahawa Jaei turut sama bersekolah di sana. Dan hal itu bermakna , kemungkinan untuk Minhyuk dan Jinhwan bertemu adalah sangat tinggi.

Maka seboleh-bolehnya , Taeri tidak mahu anak itu terserempak langsung dengan Kim Jinhwan. Dia tidak mahu Minhyuk terpengaruh atau sesekali pun mendekati lelaki tersebut tanpa pengetahuannya. Tambahan pula , Taeri tidak sanggup membayangkan satu-satunya peneman yang ia ada saat ini turut dibawa pergi oleh lelaki itu.

"Jadi macam mana hari pertama kamu di sekolah baru? Seronok?"

Minhyuk mengangguk teruja.

"Tak ada orang ganggu kamu kan?"

Anak lelaki Taeri itu pun kemudiannya menggelengkan kepala. Minhyuk merasakan bahawa dia tidak sepatutnya membuatkan si ibu bimbang dengan isu kecil yang berlaku kepadanya pagi tadi. Maka , dia hanya memilih untuk tidak bercerita apa-apa tentang hal tersebut walaupun hari pertamanya sahaja sudah agak mencabar.

"Good. Sekarang ni pergi mandi , salin pakaian , dan lepas tu kita makan sama-sama."

Minhyuk mengangguk lagi. Kali ini dia tampak lebih teruja. Memang perut kecilnya itu juga sudah lama meminta untuk diisi. Taeri sempat menegur Minhyuk agar tidak berlari ke biliknya. Setelah sekian lama berada di sana , kehadiran Junhoe yang dalam diam sedang menjadi pemerhati kepada keluarga itu langsung tidak disedarinya.

Junhoe tersenyum sendirian. Alangkah indahnya hidup jika dia juga sudah berkeluarga seperti Taeri. Siapa sahaja yang tidak mengimpikan keluarga bahagia seperti itu , bukan?

"Geomawo Junhoe-ya.."

Suara lembut Taeri berjaya mematikan lamunan lelaki itu. Junhoe mengangkat wajahnya sehingga pandangan mata kedua-dua mereka saling terikat antara satu sama lain.

"By the way , aku dah upah pemandu untuk hantar dan ambil Minhyuk dari sekolah mulai hari esok. Jadi lepas ni , tak adalah aku susahkan kau lagi."

Junhoe mengangguk faham. Sebenarnya , dia tidak pernah pun mempermasalahkan soal itu kerana dia bukanlah seorang lelaki yang sibuk. Bahkan masa lapangnya boleh dianggarkan hampir 24 jam sehari. Hanya baru-baru ini sahaja , ibu bapa Junhoe menginginkan anak bongsu mereka itu untuk bergiat aktif dalam urusan syarikat.

"Kau nak makan sekali?"

Junhoe tersenyum lebar , menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik. Memang itulah soalan yang Junhoe nanti-nantikan sejak tadi. Sifat lelaki itu apabila bercakap tentang makanan sememangnya tidak ubah seperti kanak-kanak. Taeri termenung seketika tatkala mengenangkan Jaei yang kini tinggal bersama Jinhwan.

Baik-baik sahajakah Jaei di bawah jagaan lelaki itu , agaknya?

---

Taeri terlebih dahulu mengetuk lembut pintu bilik Minhyuk yang dibiarkan tidak bertutup rapat. Bukan niat Taeri hendak menganggu konsentrasi kanak-kanak itu. Tetapi , jam di dinding pun sudah menunjukkan pukul 9.20 malam dan dia tidak mahu Minhyuk belajar untuk tidur lewat pada usia begitu.

"Tak tidur lagi?"

Namun setelah memerhatikan anaknya yang masih berada di meja belajar pada saat itu , Taeri teringat akan zaman kanak-kanaknya. Sudah lama juga wanita itu tercegat di muka pintu tanpa berbuat apa-apa. Walaupun Taeri bukanlah ibu yang secara langsung melahirkan Minhyuk , hatinya turut sejuk tatkala melihat pemandangan tersebut.

Minhyuk menoleh ke belakang lalu tersenyum kepada ibunya. Hal itu kadang-kala membuatkan Taeri tertanya-tanya.

Mengapa agaknya Minhyuk berkelakuan begitu matang pada usianya? Sedangkan Taeri yang dahulu pun masih pemalas dan lebih gemar untuk tidur berbanding mengulang kaji pelajaran. Bukan hanya itu sahaja , Taeri juga terlalu bergantung kepada Puan Kim. Dalam istilah yang lebih senang , Taeri dimanjakan oleh ibunya bak puteri raja.

Tetapi lihatlah Minhyuk. Kanak-kanak itu sudah mampu belajar sendiri tanpa perlu disuruh!

Minhyuk meletakkan pensel sejenak lalu memutarkan kerusi yang didudukinya menghadap Taeri. Wanita yang baru sahaja melabuhkan punggung di atas katilnya itu dipandang lama dengan mata yang berbinar.

"Omma.."

"Hmmm?"

"Boleh tak Minhyuk nak minta omma buat cupcake macam dulu lagi? Minhyuk nak bawa pergi sekolah."

Taeri memeluk tubuhnya dengan sebelah kening yang sedikit terjungkit. Aneh baginya apabila Minhyuk tiba-tiba sahaja membuat permintaan sebegitu.

"Aik? Kenapa?"

Minhyuk mempertemukan hujung kedua-dua belah jari telunjuknya.

"Minhyuk jumpa Jaei di sekolah tadi. Dia rindu cupcake omma."

Taeri sekali lagi mengerutkan wajahnya. Bukan kerana dia tidak percaya bahawa dua orang kanak-kanak tersebut sudahpun bertemu. Tetapi kerana Minhyuk terlihat gigih menceritakan bagaimana rindunya Jaei terhadap kek cawan wanita itu. Terhibur Taeri mendengarnya.

Bagaimana mungkin Taeri mampu menolak permintaan peminat nombor 1 kek cawannya itu?

"Arasseo.."

---

Divorce Aftermath [ MalayFic ]Where stories live. Discover now