---
"Sooyeon terlibat dalam kemalangan?"
Mendengar hal itu sahaja pun sudah membuatkan Jinhwan cukup kaget sehingga ia perlu menyoal perkara yang sama bagi meyakinkan dirinya. Informasi yang diterima dari penyiasat persendirian upahannya itu membuatkan Jinhwan kembali bersandar pada badan sofa.
"Jadi , kat mana dia sekarang?"
Lelaki yang duduk berhadapan dengan Jinhwan itu kemudiannya menghulurkan satu sampul coklat. Beberapa kepingan gambar dikeluarkan lalu ia teliti.
"Buat masa sekarang , dia tengah koma dan masih terlantar di hospital selepas kemalangan tu berlaku. Anak lelaki dia yang terlibat dalam accident tu pun cuma cedera ringan dan dimasukkan ke hospital yang sama."
Jinhwan mengangguk faham. Persoalannya tentang dari mana munculnya anak kecil itu sudahpun terjawab. Satu persatu kepingan gambar yang diambil Jinhwan lihat silih berganti. Wajah Jinhwan sedikit berkerut tatkala meneliti interior dalaman kamar hospital di mana Sooyeon ditempatkan.
"Tunggu , bukan ke syarikat appa Sooyeon dah muflis? Macam mana dia boleh dapat bilik VIP?"
Itu adalah salah satu soalan yang sedang bermain di benak fikiran Jinhwan. Tiga tahun sebelumnya , Sooyeon begitu terdesak untuk menyerahkan penjagaan anaknya kepada Jinhwan dengan alasan bahawa ia sudah tidak punya wang untuk membesarkan bayi itu.
"Saya yakin ianya ada kaitan dengan appa Sooyeon sendiri. Baru-baru ni , appa dia disoal siasat oleh polis kerana terlibat dalam kes penyelewengan. Tapi, instead of syarikat tu gulung tikar , shareholders yang lain tak tarik semula investment mereka. Saya dengar Sooyeon sendiri yang laporkan tentang kes penyelewengan tu. Tak mustahil kalau ada seseorang yang bantu dia."
Jinhwan mengangguk faham. Walaupun motif Sooyeon kembali menghidupkan syarikat milik ayahnya masih belum jelas , Jinhwan sudah mula mendapat gambaran.
"Gomawo Seonghwa-shi.. I'll contact you again if I need anything."
"Sure , Jinhwan hyung. No problem."
---
"Luka kat kepala kau tu dah sembuh ke? Aku tengok kau dah tak pakai dressing pada tempat tu?"
Taeri mengecilkan matanya , tercari-cari luka di dahi Junhoe yang sepatutnya berada dekat dengan anak rambut lelaki itu. Namun , tiada.
"Alah kau ni.. kan luka tu dah lama."
Junhoe membelek-belek dahinya , sengaja tidak mahu memperlihatkan bekas luka yang sudah dua bulan lamanya berada di sana. Taeri terkekeh mengejek. Dia tahu Junhoe masih malu untuk bercakap dengannya tentang insiden yang berlaku di rumah lelaki itu. Bagaimana Taeri hendak menahan tawanya apabila lelaki itu mengadu bahawa ia terluka kerana jatuh ketika hendak menukar lampu di dapur.
"Heyy , Jinhwan!"
Junhoe melambaikan tangannya ke arah lelaki bertubuh kecil itu dengan senyuman janggal. Ia tidak mahu tertangkap cuba menukar topik perbualan. Namun , cubaannya berhasil apabila Taeri menoleh ke arah Jinhwan dengan senyuman lebar. Junhoe bersorak riang di dalam hatinya.
"Awak nak pergi kerja dah?"
Jinhwan mengangguk perlahan. Telefon lelaki itu kemudiannya bergetar tatkala menerima teks pesanan ringkas. Anak matanya bergerak membaca mesej tersebut dengan wajah serius.
Beri aku 1 billion won , atau aku hantar budak tu depan pintu rumah kau. Cash.
8.21 a.m.Jinhwan meneguk liurnya dengan wajah gelisah. Junhoe yang perasan akan perubahan pada wajah Jinhwan setelah melihat skrin telefonnya itu mula mengerutkan dahi.
"Ada apa-apa yang tak kena ke Jinhwan?"
Seolah-olah tersentak dengan soalan Junhoe itu , Jinhwan kembali menyimpan telefonnya di dalam poket seluar.
"Aniya.."
Bunyi loceng di pintu utama rumah itu mengejutkan mereka bertiga. Lebih-lebih lagi Jinhwan yang baru sahaja diugut untuk menyerahkan wang tunai berjumlah 1 billion won kepada seseorang yang tidak dikenalinya.
"Biar Taeri pergi tengok."
Sejurus sahaja Taeri mengangkat punggungnya dari kerusi , Jinhwan mencelah dengan menahan bahu wanita itu.
"Gwenchana. Biar saya yang pergi tengok."
Taeri dan Junhoe saling berpandangan. Wanita itu sekadar menjungkitkan bahunya. Manakala Jinhwan yang semakin gelisah mula mengorak langkah menghampiri pintu tersebut. Dengan nafas yang ditarik dalam , ia pun menguak pintu tersebut.
---
ATEEZ's Seonghwa as Park Seonghwa
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...