---
TAERI
Berbekalkan semangat yang masih berkobar di dada , aku tetap bersabar demi menanti kepulangan Jinhwan di atas buaian ini sambil menggenggam kardigan berwarna khaki yang aku pakai.
Deruan angin yang menyapa pada malam ini ternyata lebih sejuk daripada biasa.
Aku kemudiannya mendongak tinggi ke langit gelap yang sudah lama menyembunyikan bintang-bintangnya di balik awan.
Aku pun tersenyum sendirian sebagai isyarat kepada Tuhan bahawa aku amat bersyukur dengan kebahagiaan yang aku peroleh sejak kebelakangan ini.
Senja tadi aku sempat berkunjung ke rumah perlindungan kanak-kanak dan berbual panjang bersama penjaga mereka perihal prosedur untuk mengambil anak angkat.
Jika sebelum ini tujuan aku sering ke sana hanyalah untuk menghulurkan bantuan kewangan , kini tidak lagi. Segala-galanya bermula dengan perkenalan ringkas kami berdua yang telah membuatkan rasa sayangku kepadanya semakin bercambah hari demi hari.
"Tak sabar rasanya nak kenalkan Minhyuk pada Jinhwan."
Aku tersenyum sendirian membayangkan bagaimana keluarga kami akan lengkap setelah Minhyuk akhirnya diambil sebagai anak angkat.
Aku terlalu asyik mengelamun sehingga tidak sedar jika Jinhwan yang aku sebut-sebutkan sejak tadi sudahpun berada di hadapan pintu utama. Barangkali , Jinhwan tidak perasan akan kehadiranku kerana pencahayaan yang malap di luar ini.
Aku bingkas bangun lalu menyapanya dengan senyuman. Namun , dia sepertinya tidak begitu mempedulikan aku. Mungkin kerana dia terlalu penat hari ini. Aku hanya bersangka baik.
"Saya dah jumpa seseorang yang saya berkenan sangat nak jadikan anak angkat. Baru 3 tahun tapi petah bercakap. Awak tentu suka."
Jinhwan sekadar mendiamkan diri.
"Kita pergi melawat dia esok ya? Saya dah janji dengan dia nak bawa awak sekali-"
"Eh , diam boleh tak?!!"
Tidak pasal-pasal aku ditengking Jinhwan lewat malam itu kerana terlalu teruja memikirkan sesuatu yang hanya kedengaran seperti angan-angan.
Mata aku terbeliak. Bahu aku turut terjungkit kedua-duanya kerana terperanjat dengan angin Jinhwan yang melanda seperti badai. Wajahnya yang bengis membuatkan mata aku terasa panas.
Perlahan-lahan kepala aku menunduk. Untuk apa aku memandang Jinhwan jika apa yang dia akan lakukan hanyalah berlalu pergi meninggalkan aku dengan hati yang berkecamuk.
Tetapi , tidak. Seluruh tubuh aku yang kesejukan kerana cuaca pada malam ini kembali menghangat.
"Maaf. Saya tak sengaja. Mungkin saya penat. Mian.."
Jinhwan yang terkenal dengan ego setinggi gunung ini meminta maaf? Aku tidak pasti apa yang membuatkan perut aku terasa geli. Kata maafnya kedengaran ikhlas kali ini , seolah-olah dia tidak bermaksud untuk meninggikan suara sebentar tadi. Tidak seperti dahulu.
"Tak mengapa."
Aku menolak perlahan dada Jinhwan kerana aku menyangka dia akan meleraikan pelukan tersebut.
"Tunggu. Kekal macam ni."
Aku tidak mampu berhenti melebarkan senyumanku. Oleh itu , aku sembunyikan kebahagiaan aku dengan bersandar rapat pada dadanya. Ianya sangat menyenangkan. Untuk berada dalam dakapan seseorang yang aku benar-benar sayang.
Kali ini , setelah sekian lama berpelukan , aku berkeras untuk melepaskan pelukan kami. Tanpa berfikir panjang , aku menarik tengkuk Jinhwan untuk mempertemukan bibir kami. Apa yang terhasil setelah itu sangat melegakan kerisauan aku.
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...