---
Sooyeon dikejutkan dengan keberadaan seorang lelaki yang pada ketika itu sedang tidur lena di sampingnya.
Walaupun setelah ia melihat keadaan mereka yang saling berkongsi satu selimut tanpa seurat benang pun di tubuh mereka , dia tidak kuasa untuk bersuara. Apa lagi ketika pagi masih terlalu awal untuk dia mencelikkan mata.
Bahkan hati kecilnya juga langsung tidak tergerak untuk meninggalkan katil empuk tersebut. Saat ini , dia hanya berniat untuk kembali memejamkan mata sebagaimana lelaki di sampingnya yang dilihat masih lagi lena dibuai mimpi indah.
Akan tetapi , cubaan Sooyeon untuk kembali terlena sekurang-kurangnya buat beberapa jam lagi turut gagal dengan jayanya. Wanita itu turut mengeluh halus apabila tubuhnya terasa lenguh sebaik sahaja digerakkan.
Dan sudah tentunya hal itu menandakan bahawa seluruh badan Sooyeon memerlukan rehat yang mencukupi. Lebih-lebih lagi setelah apa yang mereka berdua lakukan malam tadi. Sejujurnya , dia akui. Ia merupakan malam yang panjang buat Sooyeon.
Sooyeon sedar tentang apa yang baru sahaja berlaku. Namun , dia tidak pula mempermasalahkan soal itu. Dia dan lelaki ini juga sememangnya sudah lama melakukan perkara-perkara sebegitu sejak awal perkenalan mereka lagi. Termasuklah ketika dia dahulunya merupakan wanita simpanan Jinhwan.
Sehinggalah lelaki tampan di sisinya ini mula jatuh hati kepada Sooyeon , segala-galanya menjadi kacau. Mereka berdua hanyalah apa yang orang lain sebut sebagai 'friend with benefits'. Tidak lebih dari itu.
Kadang-kala sakit hati juga yang Sooyeon rasa apabila mengenangkan bahawa lelaki yang menidurinya ini bukanlah Kim Jinhwan.
Namun , apa lagi yang boleh dia lakukan? Kedua-dua lelaki tersebut jugalah yang menggilainya selama ini.
---
"Ini semua resume applicant yang datang untuk interview sebagai translator team hari ni."
Timbunan fail resume yang terpaksa dia angkut sendirian dihempasnya ke atas meja. Tidak terlalu kuat , tidak juga terlalu lembut.
Tetapi ternyata cukup untuk mengejutkan seorang lelaki yang sedang berdengkur keras di atas kerusi mahalnya saat itu. Sudahlah dia sekadar menutup seluruh wajahnya dengan senaskah majalah.
Apa dia fikir orang lain tidak akan tahu yang dia sedang mencuri tulang di awal pagi itu?
Seorang wanita yang kini berdiri sambil berpeluk tubuh bertentangan dengan satu-satunya meja di dalam pejabat tersebut memutarkan bebola matanya.
Jengkel yang dia rasa tatkala melihat bagaimana lelaki pemalas itu boleh memiliki pejabat sebesar ini tanpa berbuat apa-apa yang boleh dibanggakan.
Yang lelaki tersebut tahu hanyalah membuang masa dengan perkara yang sama sekali tidak mendatangkan faedah. Tidak cukup dengan itu , dia juga didatangkan dengan pakej 'suka mengacau anak dara orang'. Sementara orang lain pula yang terpaksa bekerja keras untuk syarikat. Sungguh tidak adil.
Sebuah majalah yang awalnya digunakan untuk menyembunyikan wajah lelaki itu diangkat perlahan.
Namun , sebaik sahaja dia melihat satu figura berambut panjang yang masih lagi tercegat di hadapannya sambil berpeluk tubuh , ia pun kembali menutup seluruh mukanya dengan objek tersebut. Keberadaan pekerjanya di sana seolah-olah tidak dipedulikan.
"Jangan kacau saya. Saya tengah tidur."
Lelaki itu sekali lagi berdengkur dengan kuat. Memang sengaja dia mahu membuat wanita tersebut berasa jengkel dan menghalaunya keluar dari pejabat ini. Berani-berani sahaja dia datang membuat onar dan mengganggu tidur lelaki itu.
Mereka patut beruntung lelaki itu sekurang-kurangnya ingin ke pejabat hari ini. Malah , kini dia dipaksa pula untuk melakukan kerja yang remeh-temeh di awal pagi.
"Chairman yang suruh. Jangan nak mengelat , Kim Jiwon."
Lelaki itu menggulingkan bebola matanya. Alih-alih nama ayahnya juga yang digunakan oleh wanita ini untuk mengugutnya supaya melakukan kerja di pejabat. Dia juga sudah bosan mendengarnya.
"I'm not going to babysit you today. So please. Do your work."
Anak lelaki kacukan Korea-Amerika itu kembali memperbetulkan postur tubuhnya. Lalu kedua-dua belah tangan Jiwon turut menongkat dagunya dengan beralaskan permukaan meja tersebut.
"If I do it , will you let me date your pretty best friend?"
Jiwon sudah tersengih-sengih bersama agenda playboy di dalam fikirannya. Jika diikutkan hati , mahu sahaja wanita tersebut menghempuk kepala lelaki miang itu. Sekali pun jadilah. Tetapi , mujur dia masih sayangkan kerjanya.
"No thanks. Applicants yang hantar resume ni pun boleh tahan. Cubalah check sendiri."
Bibir wanita itu kemudiannya dijuihkan ke arah timbunan fail yang berada di hadapan mereka berdua. Jiwon yang turut tertanya-tanya tentang objek tersebut mula membelek-belek setiap fail yang ada. Satu-persatu gambar berukuran passport yang dilampirkan bersama resume mereka diteliti. Yang mana Jiwon rasakan tidak menarik terus diletak tepi.
"Cantik.. tapi nama complicated sangat."
Jiwon menggeleng. Satu fail diasingkan dari yang lainnya.
"Hmm.. kalau yang ni pula muka garang sangat."
Gelengnya lagi.
"Lelaki?"
Fail yang seterusnya ditolak mentah-mentah.
"Hmm.. boleh diterima."
Untungnya , permohonan seseorang telahpun diterima oleh Jiwon. Tidak lama selepas itu , resume yang lain pula dicapai. Lelaki tersebut merenung lama sebuah fail yang kini berada di tangannya.
Melihat bagaimana senyuman Jiwon mulai menghiasi bibirnya , sesiapa sahaja yang sudah lama bekerja di bawah syarikat tersebut pasti dapat mengagak apa yang akan berlaku.
"Kim Taeri.. I think I found you."
---
iKON's BOBBY as Kim Jiwon
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
عاطفية"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...