S2 - 15 장

29 6 25
                                    

---

Maka, di sinilah Taeri berada sekarang. Wanita itu kini tercegat di tengah-tengah ruangan lobi sebuah syarikat penyiaran global yang menemu duganya semalam. Lengan kirinya digosok penuh janggal. Taeri langsung tidak punyai kenalan yang bekerja di sini.

Dan hal tersebut membuatkannya bertambah gugup. Semoga sahaja Taeri tidak menjadi mangsa penipuan lelaki licik itu sekali lagi. Siapa tahu jika temu duga semalam hanyalah satu prank?

Seribu satu kali juga perlu Taeri fikir semula sama ada mahu pulang ke rumah tanpa memalukan dirinya sekali lagi atau sekadar menebalkan mukanya sepanjang dia bekerja di sini.

Taeri mengeluh halus. Ternyata kedua-dua otak dan hatinya punya haluan yang berbeza. Tidak mengapalah , mungkin lebih baik Taeri mengikut sahaja kehendak hati kecilnya yang ingin pulang ke rumah saat itu.

Sekurang-kurangnya , ia merupakan idea yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan pilihan untuk menjadi bahan usikan lelaki itu , bukan? Tetapi buat sementara waktu ini , biarlah Taeri bersiar-siar dahulu di dalam bangunan besar itu kerana tiada salahnya untuk dia melihat suasana sekeliling.

Tumpuan Taeri kemudiannya terarah pada satu carta organisasi yang berada di dinding lobi tersebut. Saiznya sahaja sudah cukup mengagumkan. Bahkan dua kali ganda lebih besar daripada tubuh genit Taeri.

Sesiapa yang berdiri dari jauh juga pasti mampu melihat wajah menjengkelkan lelaki itu yang terpampang jelas di atas carta tersebut.

"Kim Jiwon. Executive Director? Seriously?"

Taeri mengecilkan matanya. Terpampang raut judgemental di wajah wanita itu. Dia tampak sedang berpeluk tubuh sambil mindanya berkali-kali cuba menghadam informasi tersebut. Sungguh dia tidak percaya. Lelaki dengan perangai pelik sebegitu pun mampu memperoleh pangkat tinggi di dalam sebuah syarikat.

"Omo.. Jiwonie oppa.. so handsome.."

Taeri menoleh laju setelah disampuk satu suara yang kedengaran betul-betul di sebelah kiri telinganya. Geli geleman Taeri jadinya apabila suara feminin yang dibuat-buat oleh seorang lelaki itu rupanya adalah angkara seseorang yang ingin sekali dia elakkan.

Kim Jiwon kini tertawa lucu apabila melihat raut wajah Taeri. Memang itulah reaksi yang dia inginkan dari wanita tersebut setiap kali usikannya mengena. Taeri menelengkan kepalanya ke arah lain lalu dalam diam menggulingkan matanya. Menjengkelkan sungguh lelaki bernama Kim Jiwon ini.

"Come on.. nanti awak lambat."

Sedar-sedar sahaja , tangan Taeri kini ditarik lembut oleh Jiwon entah ke mana-mana. Tidak ubah seperti babak romantik dalam kdrama , Taeri hanya mampu memerhatikan bagaimana tangannya kini digenggam oleh sebarang lelaki tanpa izin tuan punya badan.

Namun begitu , Taeri tidak pula berkata apa-apa soal perkara tersebut. Walaupun Taeri sedar bahawa kedudukan mereka berdua adalah saling berbeza seperti langit dengan bumi , dia dapat rasakan yang dia bakal selamat di samping lelaki ini.

Taeri sendiri pun tidak pasti apa puncanya dia boleh berfikir sedemikian. Akan tetapi , jika diikutkan firasatnya , Jiwon ialah lelaki yang boleh dia percayai.

Kedua-dua mereka kini berada di dalam lif khas yang hanya boleh digunakan oleh lelaki itu. Jiwon kemudiannya menekan dua butang nombor pada dinding lif tersebut sebelum kembali menyeluk tangannya ke dalam kocek seluar.

Mungkin hanya perangai lelaki ini sahaja yang sedikit aneh. Akan tetapi , Taeri dapat rasakan bahawa Jiwon sebenarnya ialah seorang yang pemalu.

Lihat sahajalah hujung kakinya yang tidak henti-henti menguis lantai lif tersebut. Taeri cuba menahan dirinya daripada tersenyum sendirian.

Lif tersebut akhirnya terhenti di suatu aras lalu pintunya pun terbuka dengan sendirinya.

"So this is it! Your office level. Enjoy your first day of work!"

Jiwon mendorong Taeri keluar dari perut lif tersebut secara mengejut. Wanita itu yang hampir tersadung ke hadapan kembali menoleh ke arahnya dengan jelingan tajam. Namun , Jiwon yang tidak terkesan langsung dengan wajah penuh geram Taeri itu hanya tersenyum sambil melambai-lambaikan tangannya sehinggalah pintu lif itu kembali tertutup.

"Apa yang awak buat di sini?"

Taeri sekali lagi terperanjat tatkala ditegur oleh suara seorang wanita dari arah belakang. Barangkali ia hairan mengapa Taeri sedang berdiri di hadapan lif persendirian milik eksekutif syarikat tersebut. Apabila Taeri menoleh , mulut wanita itu secara automatik membentuk huruf 'o'.

"Kim Taeri , kan? Ikut saya."

---

"Ini desk awak. Kalau ada apa-apa pertanyaan , awak boleh tanya sesiapa sahaja di sini."

Taeri meletakkan failnya di atas meja setelah wanita itu akhirnya meninggalkan dia seorang diri. Ketika Taeri sedang mengemas mejanya , sekumpulan pekerja wanita datang menghampiri.

"Hey. Awak tahu tak sekarang ni pukul berapa?"

Salah seorang daripada mereka mengetuk meja Taeri. Jam tangan pemberian Puan Kim dikerling. Dia sudah pastinya tidak terlambat untuk masuk ke pejabat , bukan? Jadi ada apa dengan soalan wanita ini?

"Pukul 9." Jawab Taeri dengan yakin.

"Awak tak tahu ke , Taeri? Di dalam pejabat kami ni ada tradition. Awak kena buatkan kami bertiga coffee setiap jam 9 pagi. Arasseo?"

Taeri mengangguk perlahan. Tidak berani pula dia hendak membantah. Lebih-lebih lagi pada hari pertamanya bekerja dalam syarikat ini. Mungkin beginilah agaknya yang Minhyuk rasakan di sekolah lamanya selama ini.

Kini Taeri pun tidak terkecuali daripada menjadi mangsa buli.

Kasihan.

---

Divorce Aftermath [ MalayFic ]Where stories live. Discover now