---
Berdesing telinga Kim Jinhwan apabila menerima tamparan hebat dari ibu mertuanya. Pipi kanannya mulai memerah dan sepertinya kawasan tersebut mati rasa buat seketika. Taeri pantas mengalihkan wajahnya ke sisi saat perkara itu berlaku sementara kedua-dua belah matanya pula dipejam dengan rapat.
Sudah pastinya sakit untuk ditampar sebegitu rupa. Namun , apalah sangat sakit pada pipi Jinhwan itu jika dibandingkan dengan luka yang begitu dalam di hatinya.
Sedangkan Jinhwan pada ketika itu sibuk merutuki nasibnya di dalam hati. Punyalah bersungguh-sungguh Jinhwan cuba mengejar Taeri yang bergegas meninggalkan pejabatnya sebentar tadi sehingga sekembalinya mereka berdua ke rumah.
Tetapi , ini pula yang dia dapat sebagai balasan setelah bermati-matian membahayakan dirinya di atas jalan raya. Padahal niat Jinhwan hanyalah untuk menjelaskan situasi sebenar yang telah berlaku di dalam pejabatnya.
"Berani kamu buat benda yang tak senonoh dalam pejabat dengan perempuan lain ya?!"
Ini merupakan kali pertama Jinhwan mendengar wanita itu meninggikan oktaf suaranya. Begitu juga dengan Taeri yang tidak pernah melihat ibunya semarah itu sehingga perlu menaikkan tangan. Namun , wajarlah Puan Kim berasa bengang akibat ketidakadilan terhadap anak perempuan kesayangannya.
Tambahan pula , wanita mana yang akan mendiamkan diri dalam konflik rumah tangga seperti ini? Puan Kim juga pernah berada di tempat Taeri. Dia tahu betapa peritnya luka itu apabila kesetiaan mereka dipermainkan.
"Saya boleh jelaskan. Taeri-ah.. awak dah salah faham.."
Jinhwan dan Taeri saling bertentang mata. Dia cuba meyakinkan Taeri memandangkan wanita itulah yang telah menyaksikan segala-galanya dengan keadaan beremosi. Sukar sekali untuk Jinhwan meletakkan semua penjelasannya dalam bentuk perkataan.
Terutama sekali apabila dia melihat bagaimana Taeri mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa. Baginya , hal itu hanya merumitkan lagi keadaan. Seolah-olah Taeri tiada lagi kepercayaan terhadap dirinya.
"Taeri , percayalah.. saya diperangkap."
Jinhwan masih lagi dalam cubaannya untuk meyakinkan dua orang wanita itu. Puan Kim mencapai satu sampul berwarna coklat gelap lalu dikeluarkan segala isinya. Di hadapan muka Jinhwan , dia mengangkat kertas putih tersebut.
"Kamu nak kata keputusan ujian DNA ni pun satu perangkap?"
Mata Jinhwan membulat apabila melihat salinan tersebut. Bagaimana fail sulit itu boleh berada di tangan mereka? Sedangkan Jinhwan yakin bahawa dia sudahpun menyimpannya di dalam laci meja yang terkunci di dalam perpustakaan rumah mereka itu.
"Patutlah kamu bersungguh-sungguh sangat nak ambil budak tu jadi anak angkat. Kalaulah omma selidik awal-awal tentang perangai kamu tu , omma takkan bagi kamu berkahwin dengan Taeri lah!"
Puan Kim menghempaskan helaian kertas tersebut ke atas lantai.
"Kosongkan pejabat kamu dan tandatangan ni."
Puan Kim kemudiannya mencampakkan satu lagi fail ke atas lantai. Di atas dokumen tersebut tertera dengan jelas perkataan yang tidak ingin Jinhwan mahupun Taeri lihat. Terduduk lelaki itu di atas lantai sambil membuka fail tersebut dengan tangannya yang terketar-ketar. Apa yang ditakutkannya selama beberapa bulan lepas bakal terjadi pada dirinya sendiri. Jinhwan tidak akan sanggup menerimanya.
"Ceraikan Taeri. Letak jawatan kamu tu secepat mungkin kalau kamu taknak dimalukan dalam pejabat nanti."
"Andwae.."
Jinhwan menggeleng laju seolah-olah tidak menerima langsung keputusan wanita itu. Kepala lututnya yang berada di lantai saat itu diseret sehingga ia berada betul-betul di hadapan Puan Kim.
"Saya boleh letak jawatan kalau itu yang omma nak. Tapi tolonglah.. jangan pisahkan kami berdua."
Jinhwan menggosok kedua-dua belah telapak tangannya , memohon agar Puan Kim tidak memaksa lelaki itu untuk melepaskan Taeri. Air matanya sudahpun kelihatan bertakung di pelupuk mata. Bila-bila masa sahaja empangan cecair jernih itu akan pecah.
Berbeza dengan dirinya yang dahulu , Jinhwan sudah tidak peduli akan wang dan kekayaan yang dia kejar selama ini. Membayangkan Taeri yang sudah banyak menyembunyikan perasaan dari lelaki itu selama ini , Jinhwan benar-benar menyesal. Wanita itu barangkali telahpun tawar hati untuk menerima Jinhwan selepas mengetahui segala apa yang telah dilakukannya di belakang Taeri.
"Jebal.. Taeri. Say something..."
Apa yang Jinhwan mahu saat itu adalah agar Taeri berkomunikasi semula dengannya. Jujur , Jinhwan berasa keliru dengan emosi sebenar Taeri saat itu. Dia tertanya-tanya jika wanita itu sedang marah yang amat sangat , atau sedih , atau mungkin kecewa. Begitu juga kenyataan jika Taeri benar-benar sudah mula membencinya sehingga tiada lagi peluang kedua buat lelaki itu.
Adakah ini bakal menjadi pengakhiran kepada hubungan mereka?
- TO BE CONTINUED-
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...