S1 - 06 장

266 34 10
                                    

---

TAERI

Sebenarnya , aku dah boleh agak reaksi bagaimana yang akan Jinhwan berikan terhadap soalan aku tadi. Sekarang lihatlah. Dia terkedu serta-merta setelah mendengar soalan aku.

Atau mungkin sahaja tidak pernah terlintas pun difikirannya tentang idea untuk mempunyai anak bersama aku. Aku hanyalah seorang wanita yang keinginannya masih belum tercapai dek kerana keputusan Jinhwan untuk tidak mempunyai zuriat.

Jadi , aku tidak rasa ada salahnya untuk mengambil anak angkat. Aku tidak minta pun Jinhwan meluangkan masa sepanjang hari bersama anak itu jika dia tidak mahu. Jika aku tidak dapat menunjukkan kasih sayang aku pada Jinhwan , sekurang-kurangnya ada orang lain yang boleh menggantikan tempat dia.

"Boleh tak kita cakap tentang ni lain kali saja? Saya dah lambat."

Jinhwan menarik turun tangan aku daripada tali leher yang telah dikemaskan ikatannya. Dengan mudah dan tanpa ragu dia berpaling.

Kaki aku tetap kekal di tempatnya kali ini. Tiada semangat lagi yang mendorong aku untuk mengiringi Jinhwan ke pintu utama seperti yang sentiasa aku lakukan setiap kali dia keluar bekerja.

Di sana , aku mengetap keras gigiku lalu air mata yang tertahan tumpah lagi.

"Tak apa , Taeri. Jinhwan akan ubah fikiran dia. Bersabarlah."

Aku menghela nafas dalam. Aku kemudiannya mencapai telefon milikku lalu mendail nombor yang aku hubungi beberapa hari lepas.

"Yeobuseyo? Ini Nameul Foster Home , bukan? Saya Kim Taeri. Tentang pengambilan anak angkat tu , boleh saya tangguhkan dulu? Ada masalah sikit. I'm sorry."

---

Divorce Aftermath [ MalayFic ]Where stories live. Discover now