S1 - 33 장

47 8 11
                                    

---

"Jaei suka?"

Taeri akhirnya menemukan punca kehilangan kek cawannya. 'Pencuri' yang disangka Taeri sebagai Junhoe itu rupanya muncul dalam bentuk kanak-kanak kali ini. Sudah lama agaknya si kecil itu mensasarkan pastri air tangan Taeri.

Jaei yang sedang duduk bersandarkan kabinet dapur itu perlahan-lahan menurunkan kek cawannya menjauhi mulut kerana dia sedar bahawa dia telahpun tertangkap mengambil sesuatu tanpa izin tuannya.

"Aniya.. aniya.. makanlah."

Taeri menggeleng laju beberapa kali sambil melambaikan kedua-dua belah tangannya dengan cemas , cuba untuk meyakinkan Jaei bahawa dia tidak marah sama sekali pada kanak-kanak itu. Padahal , dia sendiri terhibur melihat telatah comel anak kecil itu.

Taeri dikira bernasib baik kerana Jaei tidak mempunyai banyak ragam seperti anak kecil yang lain. Jikalau tidak , pasti Jaei akan menangis atau meraung saat ini setelah ditegur walau sedikit.

Dengan dorongan Taeri itu , Jaei pun kembali menggigit sebahagian daripada kek cawannya seraya mengunyah perlahan. Tersungging senyuman lebar di bibir merah jambu Taeri. Dia gembira apabila melihat Jaei mula berani untuk mendekatinya tanpa berlari ke mana-mana sekarang.

"Neomu joha?"

Taeri terus mencangkung berdekatan dengan Jaei sambil memerhatikan anak kecil itu makan. Kanak-kanak tersebut hanya membisu sepanjang masa. Sukar sekali untuk mendengar suaranya. Jaei terlihat segan untuk memberikan sebarang respon. Namun begitu , anggukan kecilnya selepas itu membuatkan Taeri bertambah teruja. Satu lagi kemenangan buatnya. Selain Minhyuk , kini Jaei juga menggemari kek cawan buatan wanita itu.

"Sedap sangat ke cupcake tu?"

Taeri sengaja ingin memulakan perbualan bersama Jaei. Oleh kerana tidak punya idea untuk terlebih dahulu memulakan langkah pertama dalam perkenalan mereka , Taeri sekadar menyoal anak kecil itu berkenaan kek cawan yang sedang dinikmatinya. Dia merasakan topik tersebut akan menarik minat Jaei untuk bercakap.

Akan tetapi , sepertinya Jaei masih terlalu sibuk mengunyah. Jadi dia hanya mengangguk lagi sebagai jawapan kepada soalan wanita itu. Taeri sempat mengusap lembut rambut Jaei sebelum kembali menyambung kerja menghiasnya. Hati Taeri kini berbunga riang.

---

"Kod biru. Bilik 1331."

Ketika kawasan hospital tersebut agak padat dengan orang ramai , seorang lelaki dilihat sedang berlari dalam kesesakan tersebut. Sungguhpun telah beberapa kali melanggar orang awam , dia langsung tidak menoleh ke belakang untuk meminta maaf.

Kutukan orang-orang disekelilingnya dibiarkan seperti angin yang berlalu. Jantungnya pada ketika itu berdetak laju dari biasa. Tekanan yang cukup tinggi secara tidak langsung memberikan lelaki itu kudrat untuk terus berlari ke tempat yang ingin dituju. Pemergiannya untuk beberapa minit dengan niat sekadar ingin menghirup udara segar bertukar tragedi.

"Sooyeon-ah.."

Melihat sahaja beberapa petugas hospital yang berada di dalam bilik VIP itu , langkahnya terhenti serta-merta. Lelaki tersebut kini berpaut pada dinding sebagai sokongan tubuhnya. Kedua-dua belah kakinya menjadi lemah tatkala mesin defibrillator dibawa masuk oleh seorang jururawat ke dalam bilik itu.

"Intubation."

Ketika bantuan CPR sedang diberikan secara berterusan kepada Sooyeon untuk mendapatkan semula denyutan nadinya , seorang lagi doktor bertindak mendongakkan kepala wanita itu sebelum saluran mulutnya dibuka.

Tiub pernafasan berjaya dimasukkan dengan berhati-hati berkat bantuan alat intubasi yang kemudiannya turut disambungkan bersama beg ambu.

"Defibrillator dah sedia doktor."

Doktor lelaki dengan kot putih serta berkaca mata di sana mengangguk. Beberapa butang pakaian hospital Sooyeon terpaksa dileraikan.

"Cas 200 joules.."

"Maaf. Encik tak boleh ada di sini."

Menyedari kehadiran lelaki itu , jururawat tadi pun terpaksa memujuknya untuk keluar buat seketika. Pintu bilik tersebut ditutup rapat sebaik sahaja ia melangkah keluar dari sana. Dia terduduk di hadapan bilik tersebut dengan wajah yang diraup dengan telapak tangannya. Sudah sekian lama lelaki itu menggagahkan dirinya di hadapan Sooyeon biarpun dalam keadaan wanita itu yang masih koma. Hari ini , air matanya berlinang semula setelah terlalu lama menahan kesedihan.

Sebelum ini , tidak pernah sesekali pun emosi negatifnya itu diperlihatkan demi kebahagiaan Sooyeon yang dia cintai. Akhirnya , dia mengikut sahaja apa yang wanita itu kehendaki. Sehingga tiba satu saat , lelaki itu sudah serik dengan permintaannya.

Dia iri. Sooyeon masih lagi ingin bersama Kim Jinhwan. Sedangkan dirinya? Dibiarkan hampa.

Hatinya terasa sungguh berat kerana bebanan dari tindakan lampaunya yang telah menyebabkan Sooyeon berada dalam keadaan begitu.

---

Divorce Aftermath [ MalayFic ]Where stories live. Discover now